awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Mengapa virus HIV sukar dihapuskan?
Bad Cop: Permulaan era drama Malaysia yang lebih berani - “Kita sentiasa berusaha memperkenalkan…”
Ketibaan penumpang di KL Sentral disambut meriah dengan tarian kebudayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekolah swasta, antarabangsa diingatkan tidak dibuka - Ismail

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
17/05/2020
07:02 MYT
Sekolah swasta, antarabangsa diingatkan tidak dibuka - Ismail
Sekolah swasta termasuk sekolah antarabangsa diingatkan agar mematuhi undang-undang negara. - Gambar hiasan
Kesemua sekolah swasta termasuk sekolah antarabangsa diingatkan agar mematuhi undang-undang negara dan tidak membuka sesi persekolahan tanpa kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, mana-mana institusi pendidikan berkenaan yang melanggar arahan itu akan diarahkan tutup.
"Pendidikan sekolah ini termasuk dalam senarai terlarang kepada semua sama ada sekolah kebangsaan, kerajaan, sekolah menengah kerajaan termasuk sekolah swasta termasuk sekolah antarabangsa.
"Kalau mereka (sekolah antarabangsa) dibuka di Malaysia, tetap kena patuh undang-undang negara. Kalau ada yang buka maka Kementerian Pendidikan Malaysia akan siasat dan kalau benar ia dibuka, sekolah tersebut akan diarahkan tutup," katanya dalam sidang media, di sini pada Ahad.
Mengenai operasi hiburan seperti kelab malam dan bar, jelasnya, kesemua premis berkenaan termasuk dalam senarai larangan dan tidak boleh beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersayarat (PKPB).
"Jadi kalau ada yang dibuka kita akan maklumkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan minta mereka ambil tindakan tutup pusat hiburan itu.
"Tiada kompromi untuk pusat hiburan itu kerana ia senarai terlarang PKPB," ujarnya.
Topic Berkaitan
#COVID19
#hiburan
#ismail sabri yaakob
#Kementerian Pendidikan
#kerajaan
#keselamatan
#Malaysia
#Media
#menteri
#operasi
#pendidikan
#sekolah
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan