awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kehilangan Nadia Kesuma dilaporkan kepada polis Arab Saudi
Bekas wartawan FMT akan dibebas selepas selesai rakam percakapan - Saifuddin
Pakar cadang pusat data teroka sumber air bawah tanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekolah terjejas banjir di Pasir Mas terima pelajar semula

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
21/03/2022
03:00 MYT
Sekolah terjejas banjir di Pasir Mas terima pelajar semula
Ibu bapa dan penjaga yang mengiringi serta menghantar kanak-kanak itu tetap bersemangat pada sesi pembukaan kalendar baharu persekolahan tahun ini. - Astro AWANI
PASIR MAS: Murid-murid seawal enam tahun mangsa banjir buruk di Rantau Panjang antara yang memulakan sesi persekolahan di Kelantan hari ini.
Pelajar daripada 17 kampung yang tenggelam akibat banjir baru-baru ini tiba di Sekolah Rendah Kebangsaan Kubang Kuau, di sini sejak awal pagi yang mana sekolah berkenaan ditenggelami ai banjir pada 27 Februari lepas.
Ibu bapa dan penjaga yang mengiringi serta menghantar kanak-kanak itu tetap bersemangat pada sesi pembukaan kalendar baharu persekolahan tahun ini.
Bagi Noraini Malik, persiapan untuk sesi persekolahan kali ini ala kadar sahaja memandangkan segala peralatan rumah serta baju ditenggelami air banjir.
"Persiapan ala kadar, yang mana masih muat, itu sahaja yang digunakan," katanya.
Bagi Faridah Abdullah pula, dia bersyukur kerana ada pihak mendermakan baju sekolah buat anaknya selepas kesemua baju dan buku sekolah yang dibelinya rosak akibat banjir.
"Baju sekolah ada orang bagi, yang sebelum ini semuanya tenggelam habis, buku sekolah pun tenggelam," katanya.
Sekolah Rendah Kebangsaan Kubang Kuau menempatkan lebih 600 murid bermula prasekolah sehingga Tahun Enam.
Sekolah berkenaan ditenggelami air banjir sehingga menyaksikan peralatan sekolah, buku dan komputer musnah.
Bagaimana pun sekolah berkenaan tetap beroperasi pada hari pertama sesi persekolahan dengan mendapatkan peralatan, meja, buku daripada sekolah lain sementara menunggu penilaian kerosakan akibat banjir.
Difahamkan sekolah berkenaan turut membenarkan pelajar yang terjejas banjir hadir dengan pakaian biasa, selepas ramai penduduk kampung terkesan dengan banjir buruk baru-baru ini.
Topic Berkaitan
#banjir
#sesi persekolahan
#Sekolah Rendah Kebangsaan Kubang Kuau
#pelajar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan