Sektor kurier perlu tingkat kerjasama dengan pihak berkuasa - Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyampaikan ucapan pada Majlis Sambutan Hari Kurier Negara 2025 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) hari ini. - Foto Bernama
SHAH ALAM: Sektor kurier di negara ini diingatkan mempertingkatkan kerjasama dengan agensi penguatkuasa termasuk dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha membanteras penyalahgunaan perkhidmatan penghantaran.
Ringkasan AI
- 1, Fahmi Fadzil menggesa sektor kurier tingkatkan kerjasama dengan agensi penguatkuasa dan NGO bagi membanteras penyalahgunaan perkhidmatan penghantaran.
- Antara penyalahgunaan dikenal pasti termasuk penghantaran haiwan terancam dan barangan larangan; AMEC akan berbincang dengan JKDM dan JSJN untuk kefahaman menyeluruh.
- Kerajaan, industri dan masyarakat sivil perlu berganding bahu memastikan integriti sektor kurier kekal terpelihara.
“Di situ kita dapat lihat modus operandi penjenayah dan sekiranya ada kelompangan dalam proses yang disalahgunakan jadi kita minta sektor kurier mengambil maklum perkara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri sambutan Hari Kurier Negara Ke-2 di Shah Alam, hari ini.
Tambahnya, antara bentuk penyalahgunaan yang dikenal pasti termasuk penghantaran haiwan terancam seperti ular dan barangan larangan lain yang menggunakan saluran perkhidmatan kurier
Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan langkah Persatuan Syarikat Penghantaran Express Malaysia (AMEC) untuk memulakan perbincangan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) PDRM bagi mendapatkan kefahaman menyeluruh mengenai modus operandi penjenayah dalam penyalahgunaan perkhidmatan tersebut.
“Saya lihat itu satu, cara kedua sudah pasti kerjasama dengan lebih banyak NGO. Kalau di sini kita ada beberapa NGO yang turut memaklumkan tentang salah guna sektor kurier untuk penghantaran contoh haiwan-haiwan yang spesies ular dan macam-macam yang lain,” katanya lagi.
Menurut Fahmi, pendekatan kolaboratif antara kerajaan, industri dan masyarakat sivil itu penting bagi memastikan sektor kurier kekal berintegriti.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


