awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sektor penerbangan perlu dirancakkan semula selepas PKP - Wee

Bernama
Bernama
23/04/2020
19:58 MYT
Sektor penerbangan perlu dirancakkan semula selepas PKP - Wee
Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata ini kerana penerbangan merupakan antara sektor paling terkesan akibat pandemik COVID-19 yang menjejaskan seluruh dunia ketika ini. - Astro AWANI
Sektor penerbangan tempatan akan dirancakkan semula selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Beliau berkata ini kerana penerbangan merupakan antara sektor paling terkesan akibat pandemik COVID-19 yang menjejaskan seluruh dunia ketika ini.
"Sektor penerbangan adalah sektor paling susah seperti dilaporkan (syarikat penerbangan) Virgin Australia telah muflis baru-baru ini.
"Jadi mungkin berlaku satu trend di mana dalam sektor penerbangan (terdapat peraturan) jarakan sosial dan saya khuatir apa yang kita idam sebelum ini untuk keluar dengan keluarga beramai-ramai, tidak tercapai.
"Jadi kita kena hidupkan semula sektor penerbangan tempatan kerana hubungan dengan wilayah dan negeri... penerbangan ke Sabah dan Sarawak perlu dilakukan, kerana itu janji kita untuk menghantar barang keperluan ke sana, kena ada 'connectivity' kerana semua ini melalui udara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu Ruang Bicara terbitan Bernama TV, pada Khamis.
Mengulas isu pengusaha bas sekolah tidak tersenarai dalam Bantuan Prihatin Nasional, Wee berkata kementeriannya sedang berbincang dengan Kementerian Kewangan bagi menyelesaikan perkara itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Menteri Pengangkutan
#penerbangan
#Perintah Kawalan Pergerakan PKP
#Virgin Australia
#Wee Ka Siong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan