MELAKA:Penularan pandemik COVID-19 di negara ini memberi kesan pada sektor penternakan telur ayam yang didakwa telah menyebabkan penternak mengalami kerugian jutaan ringgit.
Timbalan Pengerusi Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia Lee Yoon Yeau berkata wabak berkenaan menyebabkan permintaan terhadap telur ayam berkurang manakala harga dedak iaitu jagung dan soya yang diimport dari luar negara meningkat kira-kira 30 peratus.
Beliau berkata 75 peratus daripada dedak tersebut terdiri daripada jagung dan soya yang diimport dari Brazil, Amerika Syarikat dan Argentina.
"Situasi ini berlaku kepada semua penternak ayam telur di negara ini dan penternak terpaksa menjual di bawah harga kos kerana kami tidak mempunyai pilihan.
"Penternak juga rugi kira-kira 10 sen bagi sebiji telur ayam untuk semua gred telur khususnya gred B," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Lee yang juga Pengerusi Persatuan-Persatuan Penternak Melaka berkata dasar kerajaan Singapura yang mengurangkan jumlah import telur ayam dari Malaysia sebanyak 25 peratus turut memberi kesan terhadap industri itu.
Menurut beliau, sebelum ini, sebanyak empat juta biji telur ayam dari Malaysia dieksport ke Singapura sekali gus menyebabkan berlakunya lebihan dalam pasaran tempatan ketika ini.
"Di Melaka, pengeluaran telur ayam adalah sebanyak lapan juta biji sehari membabitkan lima penternak utama dan ia adalah untuk pasaran dalam dan luar negara.
“Daripada jumlah itu, kira-kira 800,000 hingga satu juta biji telur sehari adalah untuk pasaran Melaka," katanya yang juga Pengurus Pemasaran Lian Foo Poultry Farm di Masjid Tanah.
Sementara itu, beliau berkata salah satu langkah yang boleh dilakukan penternak bagi mengurangkan beban kerugian adalah dengan menghentikan pengeluaran telur ayam dalam tempoh dua hingga tiga bulan agar dapat mengimbangi harga.
Selain itu, beliau meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian subsidi khususnya makanan ternakan ayam telur selain meminta rakyat makan lebih banyak telur ayam bagi meningkatkan permintaan sekali gus memberi kesan kepada harga telur.
Sebelum ini, seorang pengurus ladang penternakan menulis surat kepada sebuah portal berita mengenai kenaikan harga bahan makanan ternakan sebanyak tiga kali sejak Februari lepas, yang turut memberi kesan terhadap harga makanan.
Isu kenaikan harga bahan makanan ternakan itu juga dikatakan tular di semua kumpulan WhatsApp dan Facebook penternak.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 08 2020
Dasar kerajaan Singapura yang mengurangkan jumlah import telur ayam dari Malaysia sebanyak 25 peratus turut memberi kesan terhadap industri itu. - Gambar hiasan
Jualan kenderaan baharu Malaysia meningkat 21 peratus pada April - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 21 peratus kepada 57,991 unit pada April 2024 daripada 47,802 pada bulan yang sama tahun lepas.
Filem 'Seindah Tradisi' tampil warisan & budaya kaum Sabah
Penghasilan filem bertajuk 'Linundus Do Koubasanan' (Seindah Tradisi) menjadi platform kepada PETRONAS untuk rakyat Malaysia dan masyarakat seluruh dunia lebih mengenali budaya serta tradisi suku kaum di Sabah.
Sabah sasar pasaran Timur Tengah
Sabah kini mensasarkan pasaran Timur Tengah dalam usaha memperkasakan sektor pelancongan negeri inI selepas Lembaga Pelancongan Sabah (STB) menyertai pameran perdagangan pelancongan yang diadakan di Dubai.
15 jentera bomba kompak bersaiz kecil diagihkan kepada Sarawak
Sejumlah 15 jentera bomba kompak (CFRT) bersaiz kecil yang berupaya bergerak ke kawasan pedalaman dan terpencik akan diagihkan kepada Sarawak tahun ini.
Tingkat kompetensi, bomba hantar pasukan Hazmat ke China
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menghantar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) ke China untuk mendalami ilmu baharu tentang hidrogen.
Dua lelaki mengaku bersalah cuba ceroboh Istana Negara
Dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.
Habitat asal perlu dikekalkan & dipelihara
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak tidak bersetuju untuk memperkenalkan diplomasi orang utan kepada negara dagang sawit kerana ia bukan situasi terbaik bagi mamalia berkenaan.
Jenazah Faridah dijangka tiba di Kedah Rabu ini
Jenazah Pegawai Tidak Tauliah Kanan daripada Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) Sarjan Faridah Abd Rahman dijangka dibawa pulang ke tanah air Rabu ini.
Pantau Agenda Reformasi: Helikopter terhempas – Kesan diplomasi susulan kematian Presiden Iran
Iran isytihar berkabung, Mokhber dilantik Presiden sementara
Ayatollah Khamenei menyatakan kesedihan mendalam atas pemergian Raisi dalam insiden tragis pada Ahad.
Jualan Rahmah: 2,000 ayam dijual dalam masa dua jam
Selain ayam, orang ramai juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan barangan keperluan lain seperti telur dan minyak masak.
Subsidi ayam tamat Rabu, subsidi telur diteruskan - Mohamad
Kerajaan telah mengeluarkan subsidi keseluruhan sebanyak RM3.8 bilion bagi menampung kos ayam dan telur sehingga Februari tahun ini.
Belanjawan 2024: Kawalan harga telur, ayam dilepaskan - PM Anwar
Kawalan harga sementara bagi telur dan ayam yang ditetapkan sebelum ini akan dilepaskan supaya pasaran tempatan boleh berfungsi dengan bebas.
Peruncit didenda RM10,000, jual telur lebihi harga kawalan
Sebuah syarikat peruncit didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru, kerana menjual telur ayam melebihi harga kawalan yang ditetapkan.
22.6 juta telur diedarkan FAMA sejak November lalu
FAMA telah mengedarkan sejumlah 22.6 juta biji telur melalui 369 outlet pemasarannya di seluruh negara bermula November lalu sehingga hari ini bagi menampung bekalan telur ayam di pasaran.
Pengimport telur gagal saman Ka Siong
Datuk Seri Wee Ka Siong memaklumkan, tindakan beberapa pengimport telur yang ingin menyaman beliau susulan kenyataan semasa sidang Dewan Rakyat pada Februari lalu tidak berhasil.
Gara-gara telur Ka Siong terima surat saman
Ka Siong bingung hanya kerana utarakan masalah rakyat di Dewan Rakyat, beliau disaman pengimport telur dari India.
Minyak peket, telur jadi barang 'panas', peniaga terpaksa naikkan harga makanan
Isu kekurangan bekalan minyak masak peket dan telur masih belum menemui titik penyelesaian.
FLFAM beri jaminan bekalan ayam dan telur kembali normal
Komitmen itu dinyatakan selepas pertemuan dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu.
Lima papan telur sebagai ganjaran 'Man of the Match'
Apa yang menjadi buah mulut ialah hadiah yang diterima Musonda sebagai ganjaran Man of the Match, iaitu lima papan telur.