KUALA LUMPUR: Sektor pertanian, penternakan, perikanan serta industri makanan akan terus dibenarkan beroperasi selaras prosedur operasi standard Majlis Keselamatan Negara dalam Fasa Dua, Tiga dan Empat Pelan Pemulihan Negara.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee berkata pihaknya akan memastikan sektor-sektor ini untuk terus beroperasi tanpa sebarang gangguan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan bagi menjamin kelangsungan rantaian ekonomi serta pengusaha yang terlibat.
Dalam kenyataan pada Khamis, beliau berkata sehingga semalam, pihaknya telah mengeluarkan sebanyak 105,869 surat kebenaran keterlibatan dalam sektor pertanian tidak formal termasuk aktiviti rantaian pembekalan dan pemasaran berkaitan keperluan makanan.
Terdahulu, beliau turut meninjau operasi di loji pemprosesan sarang burung walet PT Swift Marketing Sdn Bhd bagi memastikan operasi loji ini yang terlibat dalam pasaran eksport tidak terganggu dan berterusan sepanjang masa.
Mengenai industri burung walet negara, Ronald berkata sehingga April lepas, jumlah eksport industri ini mencecah 962 tan metrik dengan nilai RM714 juta, menunjukkan eksport komoditi ini kekal kukuh terutamanya di kala negara masih mengharungi penularan pandemik COVID-19.
Pada tahun lepas, jumlah eksportnya adalah 3,640 tan metrik bernilai RM1.385 bilion dan tahun sebelumnya sebanyak 5,654 tan metrik bernilai RM1.154 bilion.
Menurutnya, sehingga tahun ini, sebanyak 41 loji telah diluluskan Pihak Berkuasa Negara China iaitu 38 loji sarang burung walet bersih (EBN-RC) dan tiga buah loji sarang burung walet belum bersih (EBN-RUC).
Bagi memenuhi protokol eksport sarang burung walet ke negara China, katanya Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah mengakreditasi dan memberi pentauliahan persijilan Veterinary Health Mark (VHM) kepada 30 loji pemprosesan dan 44 lagi bagi persijilan Amalan Kebersihan Veterinar Yang Baik (GVHP).
Sebanyak 2,905 buah rumah burung walet telah berjaya mendapat pensijilan Amalan Pertanian Baik (myGAP).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 24 2021
Ronald Kiandee berkata pihaknya akan memastikan sektor-sektor ini untuk terus beroperasi tanpa sebarang gangguan. - Foto fail/BERNAMA
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.38 mata kepada 1,613.49 daripada 1,611.11 semalam.
Filem berbahasa Dusun, 'Sinakagon' bakal ke pawagam 13 Jun ini
'Sinakagon' bukan sahaja mengangkat bahasa dan budaya kaum Dusun ke layar perak tetapi juga menawarkan jalan cerita yang menarik.
Inflasi meningkat, ringgit lemah, rasionalisasi subsidi akan tingkatkan lagi inflasi?
Kupasan lanjut tetang impak peningkatan inflasi terhadap rakyat, ekonomi bersama Provost, Malaysia University of Science and Technology, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai.
Angka kematian akibat bencana alam di Brazil meningkat kepada 151
Dalam tempoh 24 jam lepas, bilangan mangsa yang meninggal dunia telah meningkat dari 149 ke 151 orang.
Prestasi Bursa Malaysia setakat 17 Mei 2024
Jumlah dagangan melonjak kepada 6,332 lot daripada 3,684 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka menokok kepada 49,699 kontrak berbanding 47,476 kontrak sebelumnya.
Prestasi ringgit setakat 17 Mei 2024
Indeks Harga Pengguna AS yang diumumkan semalam menunjukkan inflasi negara itu mereda kepada 3.4 peratus pada April daripada 3.5 peratus pada Mac.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data terbaharu itu terus menunjukkan trend penurunan inflasi.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data terbaharu itu terus menunjukkan trend penurunan inflasi.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Inflasi 2023 meningkat 2.5%, restoran, hotel penyumbang utama
Ketua Perangkawan Malaysia berkata, peningkatan perlahan inflasi pada tahun 2023 ini adalah selari dengan penyusutan kebanyakan harga komoditi global, gangguan bekalan yang mereda, kawalan harga dan pemberian subsidi untuk barangan terpilih.
Ekonomi suku pertama 2024, atas atau bawah 4 peratus?
KDNK suku pertama dijangka 4.0 hingga 4.2 peratus, adakah ia mampu dicapai dan apakah faktor yang menjadi penyumbang utama suku tersebut. Kupasan lanjut bersama Pakar Ekonomi, MIDF Research, Muhammad Zafri Zulkeffeli.
Berita mahkamah perlu tepat, tidak tokok tambah - Peguam, wartawan
Wartawan perlu melaporkan berita yang tepat, tidak membuat tajuk sensasi dan mengelirukan, hanya untuk mendapat sambutan daripada pembaca.
Konflik di Laut Merah dijangka tidak jejaskan import sektor pertanian, makanan negara
Mohamad berkata ini kerana laluan di Laut Merah itu kebiasaannya digunakan untuk perdagangan minyak.
Persepsi belia terhadap bidang pertanian perlu diubah - Chan
Kurangnya penglibatan golongan belia di negara ini dalam sektor pertanian menyebabkan kerjaya bidang itu diambil alih tenaga kerja warga asing.
Semua pihak diseru beri kerjasama penuh dalam Banci Pertanian 2024
Ia bagi membolehkan kerajaan meraih data yang menyeluruh supaya gambaran yang lebih jelas mengenai sektor itu dapat dicerap.
HGHV sektor pertanian: Jamin keterjaminan makanan negara, realisasi matlamat RMK12
Beberapa program akan dilaksanakan di bawah HGHV seperti pertanian moden, pertanian rendah karbon dan meningkatkan penglibatan golongan muda.
RMK12: Perkukuh keterjaminan makanan, daya saing subsektor komoditi
Tumpuan sektor pertanian negara akan beralih kepada memperkukuh keterjaminan makanan serta meningkatkan daya saing subsektor agrikomoditi.
Sarawak perlu lebih ramai penganalisis data - Abang Johari
Sarawak memerlukan lebih ramai lagi penganalisis data mahir dalam kalangan rakyat tempatan, untuk menganalisis dan melindungi data-data strategik yang menjadi asas kepada kemajuan negeri itu.
Sidang JKSMN ke-3 bahas penyelesaian krisis sekuriti makanan negara
Tiga kertas kerja telah dikaji kerajaan bagi meningkatkan pengeluaran padi negara.
Masalah air: Tiga kategori pengguna jadi keutamaan - TPM
Kerajaan mengambil langkah proaktif bagi tempoh pertengahan bulan Mei hingga akhir September yang dijangkakan berdepan monsun barat daya untuk memastikan bekalan air mencukupi.
Perubahan iklim beri cabaran besar kepada sektor komoditi
Perubahan iklim akan terus menjadi cabaran terbesar bagi sektor komoditi pertanian.
Belanjawan 2023 bukti kerajaan peduli sektor pertanian - MADA
Ia juga dilihat sebagai langkah untuk menjadikan negara ini lebih kompetitif dalam pengeluaran makanan.