awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sektor yang dikecualikan daripada Perintah Kawalan Pergerakan

Astro Awani
Astro Awani
18/03/2020
09:20 MYT
Sektor yang dikecualikan daripada Perintah Kawalan Pergerakan
Pekerja sektor perubatan berada di barisan paling hadapan dalam 'perang' melawan penularan wabak COVID-19. - Gambar fail
Pada Isnin lalu (16 Mac), Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu berkuatkuasa bermula 18 hingga 31 Mac ini.
Perintah itu dikeluarkan supaya segala bentuk aktiviti yang berpotensi menyebarkan virus COVID-19 dapat dibendung pada ketika wabak pandemik itu semakin memuncak di Malaysia.
Pejabat diarah supaya ditutup, cuti sekolah dilanjutkan begitu juga premis-premis perniagaan yang dikira tidak penting dalam keadaan buruk hari ini seperti pusat peranginan, tempat hiburan dan sebagainya.
Bagaimanapun, masih ada sektor yang dibenarkan untuk terus beroperasi.
Seperti mana diumumkan Perdana Menteri, sektor-sektor tersebut adalah bidang yang menjadi penggerak negara.
Berikut adalah senarai sektor-sektor yang dikecualikan daripada PKP:
1. Air 2. Elektrik 3. Tenaga 4. Komunikasi 5. Pos 6. Pengangkutan 7. Pengairan 8. Minyak 9. Gas 10. Bahan api 11. Pelincir 12. Penyiaran 13. Kewangan 14. Perbankan 15. Kesihatan 16. Farmasi 17. Bomba 18. Pelaburan 19. Penjara 20. Lapangan terbang 21. Keselamatan 22. Pembersihan 23. Pertahanan 24. Peruncitan 25. Bekalan makanan
Bagaimanapun, pecahan jenis pekerjaan dalam bidang-bidang disebutkan ini juga ada klasifikasi dan tahap kebenaran berbeza, menurut Majlis Keselamatan negara. Rujuk di sini:
~~~~
Kepada rakyat Malaysia yang tidak bekerja atau terlibat dalam mana-mana sektor disebutkan, anda diminta untuk berada di rumah dan hadkan pergerakan sepertimana digariskan dalam Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.
Sebarang perlakuan yang melanggar arahan PKP boleh dikenakan tindakan mengikut Akta 342 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Sekiranya bidang kerja anda bukan satu daripada 25 sektor yang disebutkan di atas dan anda tetap diminta bekerja, anda boleh membuat laporan kepada pihak polis.
Kepada kalian yang bekerja dalam bidang-bidang terbabit, selamat bekerja dan pastikan terus mengutamakan langkah-langkah pencegahan yang sudah diuar-uarkan seperti pemakaian topeng, basuh tangan dengan kerap dan elak sentuhan yang tidak penting.
Sama-sama kita patuhi arahan ini selain mengutamakan kebersihan diri serta kekal tenang dalam kita bersama berusaha menghapus COVID-19.
Perkhidmatan, Perintah Kawalan Pergerakan
Perkhidmatan yang dibenarkan beroperasi
Topic Berkaitan
#coronavirus
#COVID-19
#COVID19
#HAPUSCOVID19
#KekalTenang
#koronavirus
#Malaysia
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#perintah kawalan pergerakan
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan