awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekularisme sepenuhnya tidak diterima di Malaysia - Anwar

Bernama
Bernama
10/07/2023
11:30 MYT
Sekularisme sepenuhnya tidak diterima di Malaysia - Anwar
Anwar berkata terma sekular itu sendiri perlu difahami sebaiknya oleh masyarakat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sekularisme yang mengetepikan dan mengasingkan antara agama dan kerajaan sepenuhnya tidak dapat diterima di Malaysia.
Anwar berkata terma sekular itu sendiri perlu difahami sebaiknya oleh masyarakat.
"Mengapa kita perlu terima sekularisme sepenuhnya sedangkan nilai keagamaan itu penting. Negara ada mempunyai elemen sekularnya tetapi nilai agama mesti diterapkan ke dalam sistem , ini pendirian kita (Malaysia).
Apabila anda mula mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara sekular, rakyat akan mula mempersoalkan, bagaimana kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan? Bagaimana pula dengan jabatan agama Islam dan bagaimana anda menenteramkan Sultan yang merupakan ketua agama di negeri-negeri,? katanya.
Beliau berkata demikian pada satu sesi soal jawab di Persidangan Antarabangsa Undang-undang Malaysia 2023 di sini.
Anwar berkata terma sekular itu perlu dipelajari dan difahami sepenuhnya oleh orang ramai bagi mengelakkan kisah dan wacana yang dibawa oleh mereka di bandar dan golongan elit juga sentimen orang awam terpisah.
"Ramai Muslim menganggap sekularisme sebagai sesuatu yang antiagama. Itulah sebab mengapa saya kata kami tidak sekular, saya merujuk kepada konteks itu," kata Anwar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Sekularisme
#negara sekular
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan