Semasa kes bayi berusia lima bulan, Adam Rayqal Mohd Sufi Naief yang mayatnya ditemui dalam peti sejuk rumah pengasuhnya dilihat menerima pembelaan sewajarnya mengikut undang-undang, terdapat banyak lagi kes kematian dan kecederaan bayi di pusat jagaan yang masih menunggu keadilan.
Semasa mendedahkan hal ini, Ketua Biro Wanita Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Suraya Ali berkata pihaknya setakat ini mendapat lima aduan daripada ibu bapa yang membabitkan tiga kematian, satu kecederaan kekal dan satu bagi kecederaan tidak kekal yang membabitkan bayi berusia lima hingga tujuh bulan.
Pihak berkuasa maklum mengenai kesemua kes ini kerana mengikut prosedur pihak hospital akan melaporkan kepada polis apabila berlaku kecederaan tidak semula jadi yang melibatkan kanak-kanak.
BACA: Kematian Adam Rayqal satu kekejaman luar biasa, di luar norma kemanusiaan
Tetapi belum lagi ada tindakan daripada pihak berwajib, katanya.
"Namun PPIM berasa ibu bapa ini perlu mendapat pembelaan sewajarnya dan mereka yang bertanggungjawab perlu didakwa," katanya ketika dihubungi Bernama.
Suraya berkata PPIM turut menerima lima lagi aduan berkaitan kematian dan kecederaan kanak-kanak di pusat jagaan namun masih belum mendapat maklumat lengkap.
Beliau turut berkata cadangan supaya tempat kerja menyediakan pusat jagaan kanak-kanak adalah baik namun beberapa perkara lain perlu diambil kira seperti ibu bapa yang bekerja di luar waktu pejabat.
"Mungkin perlu taska 24 jam tetapi cara pelaksanaannya perlu dikaji," katanya.
Pada masa ini terdapat 205 taska tempat kerja di sektor awam dan 52 taska tempat kerja di sektor swasta.
Pada 3 Julai lepas Adam Rayqal ditemukan mati di peti sejuk rumah pengasuhnya di Kampung Nakhoda, di Batu Caves selepas pengasuhnya itu melaporkan bahawa bayi itu dilarikan oleh seorang lelaki. Pengasuh itu kini menunggu pertuduhan di mahkamah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 12 2018
Semasa kes mayat bayi Adam Rayqal ditemui dalam peti sejuk rumah pengasuhnya dilihat menerima pembelaan sewajarnya mengikut undang-undang, terdapat banyak lagi kes kematian dan kecederaan bayi di pusat jagaan yang masih menunggu keadilan.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Nahas helikopter Lumut: Jasad Sivasutan selamat disemadikan
Jasad mendiang turut diberikan kawalan kehormat oleh 14 pegawai dan anggota TLDM sebagai penghormatan terakhir.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
Selain kes Adam Rayqal, banyak lagi kes bayi perlukan pembelaan - PPIM
PPIM mendakwa terdapat banyak lagi kes kematian dan kecederaan bayi di pusat jagaan yang masih menunggu keadilan.