Selain pasport di tarik balik kerajaan juga disarankan supaya melucutkan taraf kerakyatan penulis blog seks, Alvin Tan dan aktivis bebas, Ali Abd Jalil yang kini dipercayai bersembunyi di luar negara.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berpendapat tindakan melucutkan taraf warganegara mereka berdua dilihat sebagai pengajaran kepada individu atau pihak tertentu supaya tidak menyebarkan fitnah, provokasi dan cercaan menerusi laman-laman sosial.
"Saya menyifatkan tindakan Jabatan Imigresen menarik balik PMA kedua individu berkenaan sebagai berasas dan tepat memandangkan kegiatan mereka berdua telah menimbulkan keresahan dan kemarahan rakyat di negara ini," tegasnya dalam catatan terbaharunya di umnobahagiancheras.blogspot.com/
Katanya, tindakan jabatan berkenaan juga membuktikan bahawa kerajaan tidak bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang cuba melakukan provokasi dan fitnah terancang walaupun mereka telah melarikan diri ke luar negara.
Menurutnya, perbuatan Alvin Tan dan Ali Abd Jalil yang sebelum ini menggunakan laman sosial sebagai medium untuk 'menyerang' institusi raja-raja Melayu, umat Islam dan cubaan menggugat kestabilan politik negara dilihat amat serius.
Perbuatan mereka katanya, telah mencetuskan keresahan di kalangan rakyat pelbagai kaum disamping menimbulkan ketegangan dalam masyarakat.
Sehubungan itu tambahnya, adalah wajar kerakyatan mereka berdua turut ditarik balik memandangkan tindakan tersebut jelas bertentangan dengan prinsip Rukun Negara dan tidak menghormati perlembagaan negara.
"Mana-mana individu yang tidak setia kepada negara, bersikap pengkhianat sewajarnya dilucutkan segera taraf kerakyatan," katanya.
Dalam kes Alvin Tan dan Ali Abd. Jalil katanya, mereka berdua sudah terbukti tidak lagi menunjukkan taat setia kepada negara ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali juga mahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM) lebih pro-aktif menangani penyebaran fitnah dan provokasi memburukkan kerajaan dan pemimpin negara yang dilakukan pihak tertentu menerusi media baru.
Tegasnya, perbuatan menyebarkan fitnah dan hasutan jika tidak ditangani secara serius dikhuatiri akan memberi kesan negatif kepada kestabilan negara.
"Kerajaan kena bertegas dalam hal ini, tidak kira individu , pertubuhan bukan kerajaan mahupun parti politik, mereka yang sebarkan fitrnah dan menghasut rakyat perlu dikenakan tindakan undang-undang," tegasnya.
Pada Isnin, Jabatan Imigresen menarik balik PMA Alvin Tan dan Ali Abd Jalil berkuatkuasa serta-merta berdasarkan kesalahan mereka.
Ketua Pengarah Inigresen, Datuk Mustafa Ibrahim berkata, surat penarikan balik pasport kedua-dua individu terbabit akan dihantar ke alamat terakhir mereka selain diwartakan dalam akhbar-akhbar tempatan sebagai makluman.
Katanya, sistem Jabatan Imigresen juga telah menyenaraihitamkan kedua-dua individu terbabit dan sekiranya mahu pulang ke negara ini, mereka perlu memohon Sijil Perakuan Cemas terlebih dahulu di Kedutaan Malaysia.
"Kesalahan mereka menghina mahkamah, menghina Islam dan menghina institusi raja telah mengganggu-gugat ketenteraman sekali gus menimbulkan rasa tidak senang rakyat Malaysia, jadi keputusan menarik balik pasport kedua-dua individu ini amat tepat.
"Penarikan balik pasport ini sah kerana kerajaan berhak untuk berbuat demikian, sama ada mereka tahu atau tidak mengenai penarikan balik pasport ini, itu adalah masalah mereka. Kita sudah maklumkan melalui surat yang dihantar," kata Mustafa.
Pembatalan pasport Alvin adalah susulan kenyataan kontroversi yang dibuatnya dengan menghina agama Islam dan menghina Sultan Selangor.
Sementara itu, pasport milik aktivis Ali turut ditarik balik disebabkan kenyataannya yang menghina Sultan Selangor serta kerabat diraja Johor.
Ali kini berada di Sweden selepas mendakwa dia diugut dan tidak selamat jika terus berada di Malaysia.
Astro Awani
Tue Dec 09 2014
SYED ALI: Selain tarik balik pasport, kerakyatan Alvin dan Ali juga patut dilucut. - Gambar fail
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Tahap kesihatan Ali XPDC 'pelik tapi benar'
Serangan strok tidak melemahkan semangat Ali yang kelihatan kembali bangkit berjuang dalam industri muzik tanah air.
Pelawak Abam Bocey meninggal dunia
Hidayah memberitahu Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.
TAMANZ tersingkir kerana perbezaan tipis, ini markah penuh minggu keenam Muzikal Lawak Superstar
Mungkin tiada rezeki buat Tamanz...
Kelab peminat bukan sekadar kumpulan sorak
Kelab peminat 'Ali Ola Bola' ini serius jalankan tanggungjawab sosial, yang diharap mampu menyemai nilai murni dalam kalangan anggotanya.
Fatimah dan Ali terus cuit hati netizen, 'gapoever' trending di laman sosial
Keletah dua beradik ini mencuit hati dan penggunaan perkataan 'gapoever' undang gelak ketawa netizen.