KUALA LUMPUR : Wajahnya mirip warga Korea, walaupun tidak sekacak artis K-pop namun kebolehannya yang unik untuk menyampaikan informasi dan berita-berita pendek nyata menarik perhatian. ‘Lelaki’ ini bernama Joon.
Joon boleh berbahasa Melayu, Inggeris, Sepanyol, Mandarin, Perancis, dan Arab. Sebenarnya, banyak lagi bahasa di dunia ini yang bisa dituturkannya.
Joon menyampaikan sebuah laporan berita menerusi siaran berita AWANI 7:45 terbitan Astro AWANI bersama wartawan dan penyampai berita, Nailah Huda.
Penyampaiannya lancar, walaupun dia tidak kelihatan seperti penutur asli jika dibandingkan dengan Nailah.
Realitinya, tidak ramai yang mengetahui hakikat bahawa Joon bukanlah seorang manusia, tetapi hanya sosok avatar Kecerdasan Buatan (AI) yang direka untuk menyampaikan berita dengan kefasihan yang optimum.
Seusai AWANI 7:45 bersiaran, muncul pula ‘seorang gadis’ dalam program bual bicara Agenda AWANI pada pukul 8.30 malam hari yang sama.
Monica, nama diberi. ‘Gadis’ berwajah Scandinavia muncul di celah-celah diskusi Agenda AWANI untuk menyampaikan informasi berkaitan masa depan pekerjaan.
Seperti mana Joon, kemunculan Monica di kaca skrin, baik di saluran 501 Astro AWANI, Live stream di www.astroawani.com TV dan semua platform media sosial Astro AWANI termasuk Tiktok itu menambah rencah seni bermaklumat di dalam bual bicara berkenaan.
Namun, momen-momen yang berdurasi kurang tiga minit yang muncul di AWANI 7:45, Agenda AWANI dan AWANI Tonight itu memberi bayangan bahawa ombak ‘Generative AI’ sudah mula membelai pengoperasian bilik-bilik berita.
Menurut Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail, perkembangan ini adalah sesuatu yang amat signifikan untuk kita mengintai masa depan dan mengorak langkah persediaan bermula sekarang.
“Joon dan Monica ‘lahir’ hasil sinergi dua aspek; teknologi generative AI dan amalan profesionalisme kewartawanan.
“Kewujudan Joon dan Monica itu bukan untuk mencabar dan menggantikan bakat-bakat sedia ada, tetapi teknologi itu sifatnya untuk memperhebat dan memperkuat kualiti manusia dan produk yang dihasilkan manusia selama ini,” kata Ashwad.
Tambahnya, Astro AWANI selaku saluran berita dan hal ehwal masa depan nombor 1 di Malaysia, sentiasa berusaha memanfaatkan teknologi dalam penyampaian maklumat yang seimbang dan konstruktif serta program bual bicara, dialog dan debat.
BACA: Usah bimbang, teknologi AI tak semestinya ganti peranan manusia
Adakah wartawan akan digantikan dengan AI?
Kajian World Economic Forum (WEF) mendapati, beberapa jenis pekerjaan seperti kerani bank, kerani pos, kerani data mungkin akan dapat digantikan dengan AI dengan mudah.
Bagaimanapun, untuk bidang kewartawanan, penglibatan manusia masih diperlukan untuk memastikan kualiti dan etika kewartawanan sentiasa diutamakan.
Malah tinjauan Astro AWANI melalui unit ‘Multiformat News Innovation’, mendapati teknologi AI dapat mempercepatkan tugasan mereka, berbanding kaedah biasa.
Gelombang perubahan yang terhasil hasil ledakan teknologi akan sentiasa melanda manusia merentas sektor dan industri.
Persoalannya, sejauh mana kita pantas untuk menguasai sesuatu ilmu itu? Pastinya, bukan sekadar menyantuni dan menerima sebagai pengguna. Tetapi, menanam azam dan falsafah pemikiran serta sikap untuk menjadi ‘changemaker’ dan menyumbang dalam mengangkat darjat, martabat dan harakat ummah sebagai khalifah berkualiti di muka bumi.
Astro Awani
Mon May 08 2023
Joon dan Monica lahir hasil sinergi dua aspek; teknologi 'generative AI' dan amalan profesionalisme kewartawanan. - Astro AWANI
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Umat Islam perlu celik digital untuk tunai umrah
Forum Umrah dan Ziarah 2024, kali ini diadakan di Madinah menjadi platform penting bagi mengumpulkan semua pemain industri perkhidmatan
Astro AWANI dinobat adaptasi AI dalam pemberitaan terbaik di pentas Asia
Astro AWANI dinobat sebagai pemenang Anugerah Digital Media Awards 2024 bagi kategori adaptasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pemberitaan terbaik di rantau Asia.
Apple dilapor sedang bangunkan model bahasa raya untuk peranti
Laporan berkenaan hal ini telah hadir beberapa kali sebelum ini, membuatkan Apple seperti kelihatan agak tertinggal dalam arena berkenaan.
Microsoft uji VASA, watak AI untuk panggilan video bebas kamera web
Microsoft Research memperlihatkan VASA iaitu sistem AI yang boleh menjana wajah manusia yang hiper-realistik berserta dengan emosi pada wajah.
Kerajaan lihat keperluan rangka dasar, pinda perundangan mesra pelabur dan AI - PM Anwar
Bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata aspek keselamatan data perlu diberikan keutamaan.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
Elon Musk mungkin kenakan caj untuk pengguna X baharu, sebelum boleh lakukan perkongsian
Ia dikatakan mungkin adalah satu-satunya cara mengatasi masalah bot spam, apatah lagi dengan pelbagai kebolehan teknologi AI.
Chatbot Meta AI mula diberikan di WhatsApp, Instagram dan Messenger
Dengan Meta AI, pengguna boleh melakukan pertanyaan mengenai pelbagai topik yang mungkin ingin ditulis.
11% kertas kerja pelajar ditulis dengan bantuan AI - Turnitin
Daripada sampel ini, 22 juta (11%) sekurang-kurangnya mengandungi 20% kandungan kertas kerja yang ditulis oleh AI.
Apple dijangka hadir dengan cip Apple M4 memfokuskan AI tahun ini
Apple dijangka memperkenalkan cip berkenaan pada tahun ini, melalui kemas kini untuk model iMac, MacBook Pro dan juga Mac Mini.