DREBAR
Selamat datang, Nissan X-Trail lebih menawan!


Edaran Tan Chong menjual X-Trail yang dipasang di Malaysia ini di dalam 2 varian:
- 2.5L pacuan 4 roda (4WD), dan
- 2.0L pacuan 2 roda (2WD)



Lampu hadapan utama pula menggunakan mentol halogen.
Ciri-ciri standard
Kotak gear yang digunakan untuk kedua-dua varian adalah Xtronic CVT generasi terkini. Roda pula adalah bersaiz 225/65/17.
Antara kelebihan yang ada pada X-Trail baharu adalah konfigurasi kerusi 5+2 dengan dua kerusi tambahan yang boleh dilipat masuk ke dalam lantai belakang ‘crossover’ ini. Kapasiti kargonya adalah 1,520 liter (tempat duduk baris kedua dan ketiga dilipat rata) dan 550 liter (jika tempat duduk baris ketiga dilipat sepenuhnya).
Di samping itu, Lampu kabut hadapan, lampu DRL, lampu isyarat LED dan cermin sisi yang dilipat secara automatik.
Yang paling menarik adalah kabin X-Trail ini di mana kedua-dua varian dilengkapi dengan sistem ‘Around View Monitor’. Ini adalah 4 buah kamera yang memberi gambaran sekeliling kenderaan 3600 dari pandangan atas. Ciri ini paling sesuai digunakan ketika hendak melalui laluan sempit ataupun hendak masuk ke dalam kotak parkir.
Selain itu, pendingin udara dwi-zonnya ditambah dengan corong pendingin khas untuk penumpang belakang.
Sistem hiburan tertumpu kepada skrin 5 inci dengan slot USB; dan fungsi Bluetooth membolehkan pemandu untuk menyambut panggilan telefon dengan lebih mudah.
Keselamatan
Tiada kompromi dari ETCM mengenai perbezaan varian. Tidak kira sama ada 2.5L ataupun 2.0L, semuanya lengkap dengan sepasang beg udara, Hill Start Assist, Isofix dan Vehicle Dynamic Control (VDC).
Unik pada X-Trail adalah beberapa teknologi seperti Active Engine Brake yang menggunakan transmisi CVT untuk membantu memperlahankan kenderaan. Ini ditambah lagi dengan Active Ride Control dan juga Active Trace Control. (‘Active Ride Control’ berfungsi mengurangkan rasa bergegar yang dialami oleh para pemandu ketika melalui jalan tidak rata dengan mengawal kuasa tork enjin dan brek demi meningkatkan keselesaan; manakala ‘Active Trace Control’ mengenakan sedikit kuasa brek kepada tayar-tayar tertentu secara automatik untuk mengurangkan masalah understeer, selain membantu pemandu mengawal kenderaan ketika melalui selekoh).
Semasa majlis pelancaran, ETCM turut menyerahkan kunci kepada tiga pemilik pertama X-Trail serba baharu di Malaysia iaitu En. Chea Yaw Hwa, Ahmad Sulhi bin Ghazali dan K.B Moganarajan A/L K.T Balakrishnan.
Harga X-Trail adalah:





- 2.5L pacuan 4 roda (4WD): RM165,800
- 2.0L pacuan 2 roda (2WD): RM142,800
(Pemilikan individu, termasuk insurans, Semenanjung Malaysia)

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami