MALAYSIA
Selamat hari lahir YAB Perdana Menteri...

Hari ini genap 78 tahun usia Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR: Hari ini genap 78 tahun usia Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Pejabat Perdana Menteri, dimuat naik sebuah video berdurasi 44 saat yang merakamkan ucapan khas sempena hari istimewa ini.
Dalam hantaran itu, warga kerja Pejabat Perdana Menteri turut menitip doa kepada Anwar mendoakan pemimpin itu dikurniakan kesihatan yang baik.
"Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, umur yang panjang serta terus diberi kekuatan untuk menerajui negara menuju Malaysia MADANI yang makmur, adil dan sejahtera," tulis hantaran itu lagi.
Anwar yang juga Presiden PKR mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia pada 24 November 2022.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami