Spesis Harimau Malaya yang dianggap khazanah berharga negara sudah dikategorikan sebagai “sangat terancam” sejak Jun 2015.
Populasi Harimau Malaya diancam kepupusan dengan hanya tinggal kira-kira 200 ekor sahaja haiwan itu di Semenanjung Malaysia ketika ini.
Jika pemburuan dan pembunuhan terus menghantui hidupan liar ini bagi mendapatkan kulit, daging, kuku, taring serta tulangnya, Harimau Malaya bakal pupus menjelang 2022.
Perkara itu diakui Ketua Landskap Harimau Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF), Dr Mark Rayan Darmaraj ketika ditemui pada program Malayan Tiger Run 2019 di sini, pada Ahad.
“Saya rasa usaha kita sepatutnya sekurang-kurangnya menstabilkan populasi (Harimau Malaya). Memang sukar untuk kita menggandakan populasi harimau dan usaha yang perlu kita buat adalah mengatasi masalah pemburuan haram.
“Ini kerana kadar reproduksi (Harimau Malaya) berkurangan disebabkan kekurangan sumber makan,” katanya.
Oleh kerana Harimau Malaya hanya terdapat di Semenanjung Malaysia, kepupusannya di sini bermakna kepupusan subspesies ini secara menyeluruh.
Sehingga kini, tiga subspesies harimau liar telah pupus iaitu Harimau Bali, Harimau Kaspia dan Harimau Jawa.
Mengulas lanjut, Dr Mark tidak menolak kemungkinan sekiranya tiada tindakan drastik, populasi Harimau Malaya ini boleh lenyap dalam tempoh lima hingga 10 tahun.
“Pada tahun 2010, matlamat kami adalah mensasarkan 500 hingga 1,000 ekor (pertambahan) Harimau Malaya dan ini sebelum penganjuran Persidangan Harimau.
“Jadi, Malaysia sudah berikrar sebelum Persidangan Harimau berlangsung lagi (untuk menggandakan jumlah Harimau Malaya). Jadi bagi kami untuk memastikan kita dapat memulihkan (jumlah) harimau, terdapat perbagai perkara perlu dilakukan. Jadi, sasaran terbesar sekarang adalah pemburuan haram,” katanya.
Dalam pada itu, Dr Mark tidak menolak kemungkinan warga tempatan menjadi "orang tengah" membantu sindiket pemburuan haram.
Katanya, pihaknya mengesan pemburu haram dari Thailand, Kemboja, Vietnam dan Laos bertindak menceroboh hutan negara bagi menjerat harimau.
Tegasnya, jika ia tidak dicegah, negara bukan sahaja kehilangan spesis harimau malah hidupan liar lain.
“Kita fokus pemburu yang ada dalam hutan itu, tetapi yang paling utama focus kita adalah mengenalpasti orang tengah dan bagaimana mereka mendapat bangkai atau bahagian-bahagian harimau itu dan kemudian menyeberangi sempadan dan di mana ia berakhir (negara).
“Kalau kita dapat menjejaki trek perjalanan itu, boleh boleh mematahkan (sindiket tersebut),” katanya.
Justeru, tanggal 29 Julai setiap tahun disambut sebagai Hari Harimau Sedunia selepas persidangan pertama berlangsung di St Peterburg, Rusia, 29 Julai 2010.
Malayan Tiger Run 2019 turut diadakan dengan sokongan Malayan Banking Bhd.
Selain meraikan Sambutan Hari Harimau Sedunia 2019, program ini juga sebagai usaha memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai langkah memulihara Harimau Malaya.
Hasimi Muhamad
Sun Jul 28 2019

Sehingga kini, tiga subspesies harimau liar telah pupus iaitu Harimau Bali, Harimau Kaspia dan Harimau Jawa. GAMBAR Pixabay.com

Sultan Nazrin perkenan solat Jumaat dilaksana di Perak, maksimum jemaah 40 orang
Jemaah yang dibenarkan pula terbatas pada warganegara Malaysia lelaki dalam lingkungan usia 16 hingga 70 tahun.

Selangor Kerjaya | Tawar 10,000 peluang pekerjaan
Kerajaan Negeri Selangor melancarkan Program Selangor Kerjaya di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Ketiga, khusus buat rakyat negeri itu bagi menangani isu penawaran pekerjaan.

Hakisan pantai | Warga emas bimbang rumah pusaka musnah
Seorang warga emas risau keselamatan dirinya terancam selepas rumah yang diduduki sejak empat generasi lalu mengalami hakisan teruk akibat ombak besar di Kampung Tanjung Gelam Batu Rakit, Kuala Nerus. Lebih membimbangkan, pergerakan Maizon Embong, 67 tahun juga terbatas apabila perlu menggunakan tongkat atau kerusi roda akibat penyakit saraf yang dihidapinya sejak 10 tahun lalu.

LPT2 sahkan pagar baharu yang diganti turut dirosakkan, dicuri
Astro AWANI melaporkan pagar keselamatan sengaja dirosakkan untuk buka laluan kepada lembu ternakan meragut rumput.

Chelsea sahkan Tuchel pengganti Lampard
Chelsea mendatangkan bekas ketua jurulatih Borussia Dortmund dan Paris Saint-Germain (PSG) itu dengan kontrak pendahuluan sehingga hujung musim depan.

Kuat kuasa SOP | Polis berpakaian biasa, tempatkan anjing K9
Polis kelantan akan menggunakan anjing unit pengesan K9 untuk mengesan aktiviti penyeludupan dadah dan senjata api di kawasan Sekatan Jalan Raya (SJR) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Selain itu, anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang juga menggunakan taktik penyamaran dengan memakai pakaian biasa bagi menguatkuasa prosedur operasi standard COVID19 di tempat awam.

Hospital swasta di Kedah mula terima pesakit COVID-19
Pada masa sama, dua lagi hospital kerajaan dibuka untuk menerima pesakit COVID-19, iaitu Hospital Kuala Nerang dan Hospital Kulim.

Ekonomi bumiputera | Tindakan intervensi strategik diperlukan
Tindakan intervensi strategik amat diperlukan bagi membantu golongan bumiputera meraih peluang ekonomi dalam sektor berdaya maju dan mempunyai nilai tambah tinggi. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata,perkara itu akan diberi keutamaan dalam Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) demi memastikan ekonomi bumiputera terus berdaya tahan dan berdaya saing.

Siasatan kebakaran The Andaman Langkawi selesai - Bomba
Bahagian Siasatan Kebakaran JBPM Kedah berada di tempat kejadian selama tiga malam untuk mengetahui bagaimana kebakaran berlaku.

AWANI Ringkas: MKB tumpu kepada intervensi strategik | Senarai pengimport daging berlesen didedah hari ini

'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.

Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.

Hari Harimau Sedunia: Di sebalik keberanian pendamping 'Pak Belang'
Perkara paling penting sebelum membenarkan haiwan itu keluar bermain adalah mengenal pasti tingkah lakunya.

Selamatkan Harimau Malaya: Pastikan lambang Jata Negara kekal relevan
Peranan tersebut bukan sahaja perlu dipergiatkan oleh Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli sahaja, tetapi juga agensi-agensi lain termasuk institusi pendidikan.

Selamatkan 'Raja Rimba' daripada kepupusan
Populasi Harimau Malaya kini diancam kepupusan dengan hanya tinggal kira-kira 200 ekor sahaja.

10 fakta menarik mengenai harimau Malaya
Sehubungan dengan Hari Harimau Sedunia sedunia, ketahui 10 fakta menarik mengenai Harimau Malaya.