awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor akan sumbang RM500,000 bantuan sokongan pascabanjir Kelantan - Amirudin

Bernama
Bernama
16/12/2024
14:15 MYT
Selangor akan sumbang RM500,000 bantuan sokongan pascabanjir Kelantan - Amirudin
Amirudin (dua, kanan) ketika melepaskan konvoi Misi Bantuan Bencana Skuad Ehsan MADANI di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor hari ini. - Gambar Bernama
SHAH ALAM: Selangor akan memberi sumbangan RM500,000 kepada kerajaan Kelantan sebagai bantuan sokongan susulan banjir bulan lepas.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata perkara itu akan dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Rabu ini untuk dimuktamadkan.
"Bantuan sokongan ini diberikan untuk kegunaan membaik pulih infrastruktur dan kemudahan lain yang terjejas. Secara umumnya, kita memang ada Tabung Selangor Prihatin yang akan disalur kepada mana-mana tempat ditimpa bencana selain di Kelantan,” katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Pelepasan Misi Bantuan Bencana Skuad Ihsan MADANI: Bantuan Pascabanjir Selangor Kelantan di Bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor di sini hari ini.
Amirudin berkata kerajaan negeri menggerakkan Skuad Ihsan MADANI yang terdiri daripada anggota pihak berkuasa tempatan dan sukarelawan ke Kelantan bagi operasi pascabanjir sebagai komitmen terhadap usaha kemanusiaan dan tanggungjawab sosial.
Beliau berkata misi disertai 130 individu bersama 45 jentera itu akan menumpukan kepada kerja-kerja pembersihan bermula esok hingga Khamis ini.
Skuad itu, katanya turut disertai syarikat kutipan sampah negeri KDEB Waste Management (KDEBWM) yang akan melaksanakan pembersihan infrastruktur awam selain rumah penduduk.
Sementara itu, Pengarah Urusan KDEBWM Datuk Ramli Mohd Tahir berkata untuk misi kali ini pihaknya menghantar 21 petugas serta lima lori ‘Roll On Roll Off’ (Roro) dan bersedia menghantar lebih banyak aset serta tenaga kerja sekiranya diperlukan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#KDEBWM
#tanggungjawab sosial
#bantuan sokongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan