awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS kekal hak menjamin keselamatan ketenteraan pangkalan Diego Garcia - Trump
Ribut Leonardo: Lelaki maut di Portugal, wanita dihanyutkan arus di Sepanyol
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor ambil langkah berhemah, prihatin tangani isu pengosongan kuarters JPNS

Bernama
Bernama
26/04/2025
06:21 MYT
Selangor ambil langkah berhemah, prihatin tangani isu pengosongan kuarters JPNS
Ahmad Fadzli berkata tindakan tersebut juga mengambil kira aspek kemanusiaan selaras dengan dasar Malaysia MADANI. - Gambar fail
SHAH ALAM: Tindakan pengosongan kuarters didiami seorang bekas penjawat awam di kuarters Jabatan Hutan Negeri Selangor (JPNS), Sungai Buloh akan dilaksanakan secara berhemah serta mengikut prosedur undang-undang sepenuhnya, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin.

Ringkasan AI
  • Bekas penjawat awam yang masih menghuni kuarters JPNS akan diusir secara berhemah mengikut undang-undang, dengan mengambil kira aspek kemanusiaan selaras dengan dasar Malaysia MADANI.
  • Individu tersebut menerima bantuan kewangan bulanan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS), sementara usaha sedang dilakukan untuk mendapatkan kediaman alternatif dengan kerjasama LPHS dan agensi lain.
  • Kuarters tersebut diperuntukkan untuk penjawat awam aktif, dengan tempoh lanjutan telah diberikan kepada individu terbabit sejak penamatan perkhidmatannya pada 2015.

Beliau berkata tindakan tersebut juga mengambil kira aspek kemanusiaan selaras dengan dasar Malaysia MADANI.
Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi lebih enam minit di aplikasi TikTok memaparkan individu berkenaan yang masih tinggal di kuarters JPNS walaupun telah menamatkan perkhidmatan awam sejak 2015.
Ahmad Fadzli berkata kuarters berkenaan diperuntukkan kepada penjawat awam yang masih berkhidmat dan pihak JPNS telah memberikan tempoh lanjutan serta peluang kepada individu terbabit untuk mengosongkan premis itu.
"Kerajaan negeri juga ingin memaklumkan bahawa individu ini telah menerima bantuan kewangan bulanan melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi meringankan beban sara hidup beliau," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Ahmad Fadzli, kerajaan negeri tetap prihatin terhadap aspek kebajikan individu terlibat walaupun terikat dengan peraturan dan undang-undang dalam pengurusan aset yang tidak boleh dikompromi.
Beliau berkata usaha sedang dijalankan bagi membantu individu terbabit mendapatkan kediaman alternatif dengan kerjasama Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) serta agensi berkaitan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengosongan kuarters
#Jabatan Hutan Negeri Selangor
#tindakan pengosongan
#Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan