Paras air laut diramal berada pada paras yang tertinggi bagi daerah Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Menurut kerajaan Selangor menerusi satu kenyataan media, orang ramai diarahkan membuat persediaan bagi menghadapi bencana yang dijangka berlaku pada September hingga November tersebut.

“Fenomena air laut pasang besar diramalkan akan berlaku bermula 19 September sehingga 20 September, 17 Oktober-19 Oktober dan 15 November-16 November.

“Ia melibatkan kawasan di persisiran pantai Negeri Selangor dengan ketinggian paras air laut mencecah 5.8 meter.

“Sekiranya cuaca hujan lebat dan keadaan angin kencang berlaku, risiko berlakunya banjir akan meningkat,” jelas kerajaan Selangor pada Khamis.

Untuk itu, kerajaan Selangor menasihatkan agar penduduk di kawasan berisiko dapat mematuhi arahan Pihak Berkuasa Keselamatan dari masa ke semasa.

Pada masa sama, orang awam juga hendaklah mengehadkan aktiviti rekreasi air di persisiran pantai.

Tarikh dan masa paras air laut adalah seperti berikut :-

Paras air laut diramal berada pada paras yang tertinggi bagi daerah Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Berikut merupakan jadual pasang surut air :-

Paras air laut diramal berada pada paras yang tertinggi bagi daerah Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Bagi kawasan-kawasan yang berisiko mengalami banjir akibat limpahan air laut, berikut adalah perinciannya :-

Paras air laut diramal berada pada paras yang tertinggi bagi daerah Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.


Jika berlaku sebarang kecemasan, berikut merupakan nombor telefon Bilik Gerakan Daerah yang boleh anda hubungi :-

Nombor telefon Bilik Gerakan Daerah