awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
3 maut dalam nahas pesawat ringan di selatan Australia
Perhimpunan GARAH tidak dibenarkan atas faktor keselamatan awam - Polis
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor bakal lancar bas HOHO April depan

Sinar Harian
Sinar Harian
03/02/2023
23:30 MYT
Selangor bakal lancar bas HOHO April depan
Hee Loy Sian berkata, Sepang dipilih sebagai daerah pertama mempunyai kemudahan berkenaan. - Foto fail/Astro AWANI
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor bakal menawarkan perkhidmatan bas pelancongan dua tingkat Hop-On Hop-Off (HOHO) Selangor yang dijangka akan dilancar pada pertengahan April depan.
Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Hee Loy Sian berkata, Sepang dipilih sebagai daerah pertama mempunyai kemudahan berkenaan.
"Sepang akan menjadi daerah pertama pengoperasian melalui fasa pertama melibatkan dua laluan iaitu Sungai Pelek (setiap Sabtu) dan Cyberjaya (setiap Ahad).
“Buat permulaan, perkhidmatan menggunakan sebuah bas sahaja dan segala pertambahan atau penambahbaikan inisiatif akan melihat kepada kejayaan pada fasa pertama ini.
“Fasa berikutnya akan diperluaskan ke daerah lain dan bilangan bas akan ditambah mengikut kesesuaian dan permintaan,” kata Loy Sian kepada Sinar Harian ketika dihubungi pada Jumaat.
Dalam pada itu, Loy Sian berkata, inisiatif itu julung kali dilaksanakan dan bertujuan untuk membangunkan produk pelancongan melibatkan laluan Sepang bagi fasa pertama.
Pelancong domestik dan antarabangsa terutama yang transit lama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disasarkan untuk menggunakan perkhidmatan ini sebelum meneruskan penerbangan seterusnya.
Pelancong akan dibawa bersiar-siar di sekitar Sepang dan tiket yang ditawarkan bagi setiap laluan bernilai RM50 dewasa warga tempatan dan RM40 (kanak-kanak) manakala bukan warganegara RM80 (dewasa) dan RM70 (kanak-kanak). -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bas HOHO
#Hee Loy Sian
#bas pelancongan
#KLIA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan