awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
6 termasuk kanak-kanak maut dalam insiden tembakan rambang di pantai Ecuador
Konflik Ukraine-Rusia: Trump, Zelensky dakwa capai kemajuan dalam perbincangan di Florida
Polis buru ‘Ramesh’ dan ahli kumpulan jenayah terancang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor belum buat semakan kenaikan elaun ahli majlis PBT - MB

Sinar Harian
Sinar Harian
02/03/2024
05:31 MYT
Selangor belum buat semakan kenaikan elaun ahli majlis PBT - MB
Amirudin (kiri) semasa melepaskan peserta Program Ehsan Selangor Fruit Valley (SFV) Fun Run di Jalan Rawang, Bestari Jaya, Kuala Selangor pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
KUALA SELANGOR: Kerajaan Selangor belum membuat sebarang semakan berhubung cadangan kenaikan elaun ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT).
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, buat masa ini, perkara itu tidak menjadi keutamaan.
"Kita belum bawa (semakan) apa-apa lagi (mengenai kenaikan elaun ahli majlis PBT), kita kena tengok semula dan jika ada keutamaan dan kepentingan boleh dilaksanakan," katanya ketika ditemui pada Program Ehsan Selangor Fruit Valley (SFV) Fun Run di Jalan Rawang, Bestari Jaya di sini pada Sabtu.
Amirudin memberitahu, paling penting pada waktu ini, kerajaan negeri ingin memastikan tugas dan pelaksanaan kerja di peringkat PBT dapat dilaksanakan dengan baik.
"(Kenaikan elaun ahli majlis PBT) ini bukan keutamaan, tetapi keutamaan kita adalah mempertingkatkan perkhidmatan kita khususnya mengumpul dana dan hasil sebagai contoh kutipan sisa pepejal.
"Ini antara menjadi tumpuan kerajaan negeri supaya dapat memperkemas perkhidmatan sisa pepejal, mengurangkan aduan serta kes pembuangan sampah haram di negeri ini," tambah beliau.
Sinar Harian pada Khamis lalu melaporkan, kerajaan Selangor akan meneliti kesesuaian cadangan menaikkan elaun ahli majlis PBT di negeri ini.
Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim semasa dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor memberitahu, pelaksanaan cadangan itu dikaji terlebih dahulu dan ia bergantung kepada kedudukan kewangan kerajaan negeri.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#elaun ahli majlis pihak berkuasa tempatan
#Menteri Besar Selangor
#Amirudin Shari
#pbt
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan