awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keputusan rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Isa Samad ditetap 10 Feb ini
Seorang lagi ahli 'Geng Captain Praba' ditahan - Bukit Aman
Agihan fidyah jamin kebajikan rakyat di Kedah - Raja Muda Kedah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor kecualikan kadar duti hiburan tahun ini

Bernama
Bernama
08/04/2022
04:34 MYT
Selangor kecualikan kadar duti hiburan tahun ini
AMIRUDIN: Pengecualian ini bagaimanapun tidak terpakai untuk artis antarabangsa. - Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor bersetuju untuk memberi pengecualian selama setahun bagi kadar duti hiburan untuk bayaran masuk pertunjukan pentas (bertiket) bagi artis tempatan berkuat kuasa 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pengecualian itu diberikan selepas menerima pandangan dan maklum balas orang ramai terutamanya golongan seni berkenaan pelaksanaan duti hiburan yang menjadi perhatian baru-baru ini.
"Pengecualian ini bagaimanapun tidak terpakai untuk artis antarabangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata untuk aktiviti 'busking', buat masa ini tiada sebarang caj duti hiburan dikenakan kerajaan negeri manakala kadar duti hiburan untuk 'live band' (tidak bertiket) juga turut diberi pengecualian selama setahun bermula 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022.
Dalam pada itu, Amirudin berkata kerajaan negeri juga telah mengarahkan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor untuk mewartakan semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara dengan kadar segera.
"Keluasan ini melibatkan kawasan Kampung Orang Asli Busut Baru seluas 42.05 hektar dan jajaran laluan Paip Air Mentah Loji Rawatan Air Sg Rasau seluas 8.58 hektar, menjadikan keseluruhan kawasan yang akan diwarta semula seluas lebih kurang 486.07 hektar," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kerajaan Selangor
#duti hiburan
#Amirudin Shari
#penggiat seni
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan