KUALA LUMPUR:Sebanyak 10 kes kematian baharu dilaporkan pada Khamis menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kini sebanyak 717 kes.

Berikut tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 28 Januari.

1. Sebanyak 4,094 kes baharu COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kes keseluruhan sebanyak 198,208 kes.

2. Malaysia juga merekodkan 10 kematian baharu. Jumlah korban sehingga ke hari ini ialah 717.

3. Kes aktif kebolehjangkitan COVID-19 kini mencecah 43,192 kes.

4. Sebanyak 303 kes sedang dirawat di ICU, 118 kes memerlukan bantuan pernafasan.

5. KKM sahkan pertambahan sembilan kluster baharu.

BACA: COVID-19: 4,094 kes baharu, 10 kematian