awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor lancar Dana Usahawan MADANI, tawar bantuan hingga RM30,000

Bernama
Bernama
04/03/2024
13:30 MYT
Selangor lancar Dana Usahawan MADANI, tawar bantuan hingga RM30,000
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berucap pada Majlis Pelancaran Dana Usahawan Madani Selangor (DUMS) di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini. - Foto BERNAMA
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor hari ini melancarkan Dana Usahawan MADANI Selangor (DUMS) bagi membantu usahawan kecil meningkatkan produktiviti dengan nilai bantuan hingga RM30,000.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata DUMS yang mula diperkenalkan pada 2015 sebagai Dana Industri Kampung dengan bantuan berbentuk geran yang majoritinya diberikan kepada industri makanan dan minuman, kini dikembangkan kepada semua sektor perniagaan dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) lain termasuk industri kreatif.
Beliau berkata penjenamaan semula program yang berjaya membantu PMKS sejak sembilan tahun lepas itu bertujuan memastikan agenda membantu usahawan kecil terus diberi nilai tambah agar menjadi lebih efektif dan meluas.
"Ini juga antara langkah kita dalam membantu perusahaan mikro supaya usahawan ini dapat bersaing dengan perusahaan kecil dan sederhana lain bukan sahaja di Selangor tetapi di seluruh Malaysia," katanya pada pemberita selepas melancarkan DUMS di sini hari ini.
Amirudin berkata sejak usaha itu dimulakan sebanyak RM20.06 juta telah diperuntukkan dengan 1,029 usahawan mikro berjaya dibantu hingga tahun lepas.
Menurutnya untuk tahun ini bantuan dalam bentuk peralatan perniagaan atau perkakasan bernilai hingga RM30,000 turut diperkenalkan dengan syarat pemohon adalah daripada anak negeri atau mereka yang telah bermastautin melebihi 10 tahun di Selangor, selain perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan menjalankan perniagaan sepenuh masa.
Beliau berkata mereka yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan di Pejabat Daerah dan Tanah (PDT), dan borang yang selesai diisi hendaklah dikemukakan ke Unit/Bahagian Pembangunan PDT lokasi perusahaan dijalankan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dana Usahawan MADANI Selangor
#DUMS
#Usahawan Kecil
#Amirudin Shari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan