awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor mahu ambil alih daripada Syabas

Astro Awani
Astro Awani
30/01/2013
22:44 MYT
Selangor mahu ambil alih daripada Syabas
Kerajaan Selangor mahu mengambil alih perkhidmatan air daripada syarikat konsesi air, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam tempoh 14 hari.
Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah menulis surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air memaklumkan perkara berkenaan.
Jelas beliau, pengambilalihan perkhidmatan itu akan diteruskan dalam tempoh 14 hari sekiranya pihak kementerian tidak memberi sebarang maklum balas.
Kata beliau, keputusan itu dibuat selepas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga pengerusi jawatankuasa kabinet mengenai air menyatakan kerajaan pusat tiada halangan sekiranya kerajaan Selangor mahu mengambilalih perkhidmatan air.
Sebelum ini lebih 500 ribu penduduk di Lembah Klang terutama di Ampang dan Cheras mengalami masalah gangguan air sejak 29 Disember tahun lalu.
Ia berpunca daripada kerosakan rumah pam di Wangsa Maju yang dikendalikan Syabas akibat beroperasi melebihi kapasiti.
Topic Berkaitan
#Menteri Besar
#Selangor
#SYABAS
#Tan Sri Khalid Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan