Selangor peruntuk RM1,000 kepada setiap keluarga terjejas ribut Sijangkang

Jabatan Kesihatan Negeri mendapati seramai 14 penduduk, termasuk seorang pegawai pusat khidmat masyarakat, mengalami kecederaan dalam kejadian berkenaan. - Gambar fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM64,000 sebagai bantuan bencana kepada 64 keluarga yang terjejas akibat kejadian ribut yang melanda kawasan Sijangkang, di sini dua hari lalu.
Ringkasan AI
- Kerajaan Selangor salur bantuan RM64,000 kepada 64 keluarga terjejas ribut di Sijangkang, setiap keluarga terima RM1,000.
- 14 penduduk cedera termasuk pegawai pusat khidmat, masing-masing akan menerima bantuan RM1,000; semua dirawat di hospital kerajaan.
- RM320,000 diperuntukkan untuk baik pulih SRA Kampung Medan, melengkapkan bantuan awal RM564,000 kepada sekolah, pusat khidmat dan keluarga mangsa.
"Kesemua mangsa kini dirawat di hospital kerajaan dan akan menerima bantuan sebanyak RM1,000 seorang,” katanya dalam kenyataan, di sini pada Jumaat.
Selain itu, Amirudin memberitahu, Kerajaan Negeri turut memperuntukkan RM320,000 di bawah Tabung Bencana Negeri bagi kerja-kerja baik pulih Sekolah Rendah Agama (SRA) Kampung Medan yang mengalami kerosakan akibat ribut tersebut.
“Langkah ini bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat disambung segera dalam keadaan selamat,” katanya.
Komitmen terbaharu itu melengkapi bantuan awal yang telah disalurkan agensi negeri, termasuk Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), berjumlah RM564,000 kepada enam buah sekolah, pusat khidmat serta keluarga mangsa ribut.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami