awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor peruntuk RM22.47 juta Bantuan Infrastruktur Sekolah

Bernama
Bernama
23/11/2020
20:03 MYT
Selangor peruntuk RM22.47 juta Bantuan Infrastruktur Sekolah
Amirudin berharap sumbangan itu akan membantu menyediakan suasana pembelajaran lebih kondusif kepada pelajar di Selangor selari dengan keutamaan signifikan diperuntukkan untuk pendidikan dalam Belanjawan Selangor 2021. - Gambar fail
SHAH ALAM:Kerajaan Selangor memperuntukkan RM22.47 juta untuk diagihkan kepada 740 sekolah di negeri itu bagi menambah baik tahap infrastruktur masing-masing meliputi penyelenggaraan dewan, pembelian perkakas dan sebagainya.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari, dalam kenyataan semalam berkata, peruntukan itu diagihkan sejak 2 Nov lalu dan dijangka selesai pada 15 Dis ini.
"Menerusi agihan di bawah Bantuan Infrastruktur Sekolah Selangor, sebanyak 538 sekolah agama rakyat menerima RM9.1 juta, manakala 101 sekolah jenis kebangsaan Cina mendapat RM6 juta dan sebanyak RM2 juta diberikan kepada empat sekolah menengah persendirian Cina.
"Sebanyak 83 sekolah jenis kebangsaan Tamil pula menerima RM4.36 juta dan 14 sekolah terdiri daripada sekolah mubaligh serta sekolah menengah jenis kebangsaan disalurkan bantuan berjumlah RM1 juta," katanya.
Amirudin turut berharap sumbangan itu akan membantu menyediakan suasana pembelajaran lebih kondusif kepada pelajar di negeri berkenaan selari dengan keutamaan yang signifikan diperuntukkan untuk pendidikan dalam Belanjawan Selangor 2021.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menteri Besar
#Amirudin Shari
#pendidikan
#kerajaan
#pelajar
#sekolah
#peruntukan
#bantuan
#Infrastruktur
#Bantuan Infrastruktur Sekolah
#Belanjawan Selangor 2021
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan