awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rundingan dengan AS hanya berjaya jika hak rakyat Iran dihormati - Araghchi
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor tarik balik tauliah mengajar Ustaz Don

Pia Ernadya
Pia Ernadya
13/08/2024
15:45 MYT
Selangor tarik balik tauliah mengajar Ustaz Don
Ustaz Don diberikan kelonggaran selama 14 hari untuk merayu berkuatkuasa daripada surat penarikan tauliah diterima - Gambar FB JAIS/fail.
KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menarik balik keputusan untuk membenarkan pendakwah selebriti, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid mengajar di negeri Selangor.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad menerusi kenyataan media di Facebook pada Selasa.
"Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan bahawa Tauliah Mengajar di Negeri Selangor terhadap Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid telah ditarik menerusi keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tauliah Bil.1/2024 pada 24 Julai 2024.
"Keputusan penarikan tauliah mengajar Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid dibuat berdasarkan kuasa Jawatankuasa mengikut subseksyen 118 (3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang dibaca bersama perenggan 17(d) Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008," jelasnya.
Ujar beliau lagi, surat penarikan itu telah dikeluarkan oleh Setiausaha Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 31 Julai 2024 dan Ustaz Don diberikan kelonggaran selama 14 hari untuk merayu berkuatkuasa daripada surat penarikan tauliah diterima.
Terdahulu,Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sedang meneliti kenyataan bertulis daripada penceramah bebas Don Daniyal Don Biyajid atau lebih dikenali Ustaz Don berhubung fakta ceramah agama yang disampaikannya sebelum ini.
Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pihaknya akan membuat keputusan yang terbaik berdasarkan kenyataan yang diterima daripada pendakwah itu baru-baru ini.
Topic Berkaitan
#JAIS
#MAIS
#Ustaz Don
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan