awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor tidak minat teroka REE - Amirudin

Bernama
Bernama
04/10/2023
06:10 MYT
Selangor tidak minat teroka REE - Amirudin
AMIRUDIN: Kita belum ada minat dan niat untuk teroka REE tetapi SOP (prosedur operasi standard) tetap kena buat kalau nak teroka, kalau ada cubaan (untuk meneroka REE) kita akan ambil tindakan sewajarnya. -Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Selangor tidak berminat untuk meneroka unsur nadir bumi (REE) sebagai sumber pendapatan baharu meskipun kerajaan negeri dimaklumkan bahan mineral itu terdapat di negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata walaupun Kerajaan Persekutuan kini membenarkan kerajaan negeri membuat penerokaan awal REE, kerajaan Selangor konsisten dengan keputusan sama yang dibuat sejak 2017 dan masih belum berminat untuk tujuan sedemikian.
"Kita belum ada minat dan niat untuk teroka REE tetapi SOP (prosedur operasi standard) tetap kena buat kalau nak teroka, kalau ada cubaan (untuk meneroka REE) kita akan ambil tindakan sewajarnya,"katanya pada sidang media di sini hari ini.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini dilaporkan berkata kebenaran untuk kerajaan negeri membuat penerokaan awal REE, berdasarkan SOP sedia ada untuk perlombongan nadir bumi dan mineral diputuskan dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Industri Mineral (JKPPIM) yang berlangsung semalam.
Sementara itu, Amirudin berkata Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor dan pembentangan Belanjawan 2024 negeri itu dijangka diadakan pada pertengahan November ini, namun bergantung kepada perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amirudin Shari
#REE
#unsur nadir bumi
#sumber pendapatan baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan