SHAH ALAM:Kerajaan negeri Selangor melaksanakan tiga inisiatif dalam membendung penularan pandemik COVID-19 termasuk program isolasi pekerja Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata sehingga kini seramai 9,056 iaitu 82 peratus daripada 11,000 pekerja tempatan dan warga asing di bahagian kargo telah menjalani ujian saringan COVID-19 dengan hanya tujuh kes, kesemuanya warga tempatan, dikesan positif sejak Khamis lalu.
"Kos saringan akan ditanggung oleh pihak syarikat manakala kos penempatan dalam program isolasi pekerja dari 26 Nov hingga 9 Dis depan akan ditanggung separuh oleh kerajaan negeri," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata inisiatif kedua pula ialah mengenal pasti lima lokaliti bagi menempatkan Pusat Rawatan dan Kuarantin Berisiko Rendah (PKRC) COVID-19 dan ketiga meningkatkan penyelarasan dengan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) agar saringan pekerja asing dilakukan dengan kadar segera.
Katanya, PKRC adalah bagi menempatkan pesakit positif yang tidak bergejala (asymptomatic) supaya dapat mengurangkan bebanan dan kepadatan pesakit di hospital COVID-19 sedia ada.
Bagi usaha terakhir, Amirudin berkata kerajaan negeri mengarahkan Jawatankuasa Keselamatan Daerah dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah untuk membuat penyelarasan bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta PKD agar saringan pekerja asing dilakukan dengan kadar segera.
Langkah itu dilaksanakan seperti yang telah diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan.
Dalam pada itu, Amirudin berkata walaupun berlakunya peningkatan kes COVID-19 di negeri ini, namun keadaan masih lagi terkawal.
"Ini kerana kes-kes terbaru itu didapati di kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan kerajaan negeri percaya bahawa pelaksanaan langkah tersebut akan dapat mengurangkan risiko penyebaran wabak itu.
"Semua inisiatif yang disebutkan memperlihatkan komitmen serius kerajaan negeri dalam usaha menjamin penularan pandemik ini dapat dikawal dan dikekang sepenuhnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 01 2020
Amirudin berkata sehingga kini seramai 9,056 iaitu 82 peratus daripada 11,000 pekerja tempatan dan warga asing di bahagian kargo telah menjalani ujian saringan COVID-19. -Gambar fail
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Selangor umum tiga inisiatif bendung COVID-19
Kos saringan akan ditanggung oleh pihak syarikat manakala kos penempatan dalam program isolasi pekerja dari 26 Nov hingga 9 Dis depan akan ditanggung separuh oleh kerajaan negeri.