SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor yakin mampu mencapai peralihan ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Nasional (PPN) menjelang September depan berdasarkan capaian 98 peratus penduduknya yang telah menerima vaksinasi sekurang-kurangnya dos pertama setakat ini.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kadar kes kritikal juga telah menunjukan penurunan di negeri itu.
“Untuk melengkapkan lagi kadar pemberian vaksin, kerajaan negeri telah bersetuju untuk menyediakan 100,000 dos vaksin untuk diagihkan ke lokaliti yang memerlukan.
“Ini bagi mereka yang mungkin tertinggal supaya mereka tidak mempunyai risiko yang tinggi jika berlaku jangkitan atau dimasukkan ke hospital seperti tahap 4 atau 5,” katanya pada Khamis.
Malah katanya, lebih banyak sektor sosial dan ekonomi akan dibuka secara beransur-ansur, tetapi orang ramai masih perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.
Sementara itu katanya, Kerajaan Negeri Selangor juga bersetuju untuk meminjamkan 500,000 dos vaksin kepada Pasukan Petugas Imunisasi COVID-19 Nasional (CITF) untuk digunakan di peringkat nasional.
“Kita telah menerima permohonan untuk guna stok vaksin kita iaitu sebanyak 500,000 untuk dipinjamkan kepada CITF. Saya dah bincang dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah beberapa hari lalu.
“Ia mungkin akan digunakan untuk negeri-jnegeri lain dan ia merupakan bentuk pinjaman. Kesemua jumlah vaksin itu akan dipulangkan semula dalam tempoh sebulan atau dua bulan," jelasnya
Raja Hisyam Raja Zaid
Thu Aug 19 2021
AMIRUDIN: Untuk melengkapkan lagi kadar pemberian vaksin, kerajaan negeri telah bersetuju untuk menyediakan 100,000 dos vaksin untuk diagihkan ke lokaliti yang memerlukan. - Gambar fail
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Buka tirai edisi ke-13, komited jadi pemacu WST2040
Ekspo dan Forum ASIAWATER secara rasmi membuka tirai penganjuran kali ke-13 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk tiga hari dari 23 hingga 25 April 2024.
Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Pemberhentian pekerja: 6,000 pekerja Tesla di Texas, California terlibat
Tesla akan memberhentikan 6,020 pekerja di Texas dan California menjelang pengumuman keputusan suku tahunannya pada Rabu.
Perbelanjaan isi rumah dijangka naik 5.0 peratus sepanjang 2024 - BMI
BMI melalui satu nota penyelidikan berkata ia mempunyai pandangan yang berhati-hati tetapi positif bagi perbelanjaan pengguna di Malaysia sepanjang 2024 memandangkan pemulihan ekonomi akan diterjemahkan kepada pertumbuhan perbelanjaan pengguna sebenar yang kukuh sepanjang tahun penuh.
Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
Banyakkan program, tarik minat pelajar dalam bidang STEM - Wan Azizah
Pendedahan pelbagai program berasaskan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) perlu dilaksanakan secara berterusan.
Yen jatuh, pasaran berjaga-jaga awasi tindakan Jepun
Dolar meningkat setinggi 154.88 berbanding yen, paling tinggi direkod sejak 34 tahun.
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Kapasiti empangan, sungai di Selangor masih pada tahap tinggi
Takungan air di semua tujuh empangan di Selangor dilapor berada pada kapasiti baik melebihi 73 peratus setakat semalam.
Tindakan pantas LUAS cegah gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Tindakan pantas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam mengesan pencemaran bau dipercayai diesel semalam berjaya mengelakkan berlakunya gangguan bekalan air pada sambutan Aidilfitri hari ini.
Isu anjing liar: Tengku Permaisuri Selangor kecewa pendekatan ‘catch and kill’
Tengku Norashikin bertitah,banyak lagi kaedah lain yang boleh digunapakai untuk membendung masalah tersebut, termasuk pemandulan (neuter).
4.32 juta telah kemas kini di PADU
Seramai 4.32 juta daripada 30.08 juta rakyat Malaysia telah mengemas kini data di sistem Pangkalan Data Utama (PADU) setakat semalam.
Pembangunan tanah rizab Melayu di Selangor hanya libatkan infrastruktur awam - MB
Kerajaan Selangor tidak membenarkan sebarang pembangunan dijalankan di tanah rizab Melayu (TRM) kecuali melibatkan pembinaan infrastruktur awam, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Selangor tak boleh 'goyang' sindiran JDT
SELANGOR FC tidak boleh 'goyang' dengan sebarang sindiran dan perlu membuktikan mereka sememangnya layak untuk beraksi di Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).
MAIS sasar RM14 juta kutipan fidyah di Selangor
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyasarkan kutipan fidyah sebanyak RM14 juta tahun ini, untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan.
Persempadanan Selangor, Kuala Lumpur dimuktamad 2025 - Amirudin
Persempadanan kawasan antara Selangor dan Kuala Lumpur akan dimuktamadkan pada 2025, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
'Tolak jawatan ahli majlis PBT, UMNO tidak tamak' - Zahid Hamidi
Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan tersebut dibuat untuk bersikap adil kepada UMNO Selangor yang mempunyai 22 bahagian, namun hanya ditawarkan sebanyak 20 jawatan.