awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selayang Baru jadi kawasan PKPD Ke-7

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
25/04/2020
06:26 MYT
Selayang Baru jadi kawasan PKPD Ke-7
PKPD ini berkuatkuasa mulai 25 April sehingga 3 Mei depan, melibatkan enam parcel yang telah dikenal pasti. - Foto BERNAMA
Kerajaan hari ini mengumumkan satu lagi kawasan yang diperintahkan untuk menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia melibatkan kawasan Selayang Baru dekat Gombak, Selangor melibatkan enam parcel.
“PKPD ini berkuatkuasa mulai 25 April sehingga 3 Mei depan, melibatkan enam parcel yang telah dikenal pasti.
“PKPD ke-7 ini dilaksanakan untuk membendung jangkitan COVID-19, setelah mengambil kira kebarangkalian jalinan jangkitan COVID-19 di Pasar Harian Kuala Lumpur dan Pasar Borong Kuala Lumpur.
“Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan dilaksanakan sepanjang tempoh ini berkuatkuasa,” katanya dalam sidang media harian (bukan kesihatan) COVID-19.
Antara kawasan yang terlibat ialah:
Zon A : Jalan Indah 3 dan Jalan Indah 5A, Selayang Indah, Gombak, Selangor Zon B : Jalan Indah 21, Lembah Indah, Selayang Baru, Gombak, Selangor Zon C : Jalan Besar Selayang Baru, Jalan 1 dan Jalan Indah 21, Selayang Baru, Gombak, Selangor Zon D : Jalan 3, 5, 7 dan 9, Selayang Baru, Gombak, Selangor Zon E : Jalan 2, 4, 6 dan 8, Selayang Baru, Gombak, Selangor Zon F : Blok A, B dan C, Selayang Makmur, Gombak, Selangor
Tegas beliau, dengan pelaksanaan perintah ini, semua penghuni tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan selain bukan penghuni dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.
“Semua aktiviti perniagaan dihentikan di kawasan tersebut dan pangkalan perubatan (medical base) dibuka di kawasan PKPD.
“Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup di mana Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan mengawal seluruh kawasan bagi memastikan perintah ini dipatuhi,” katanya.
Sehubungan itu, semua penghuni diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#COVID19
#ismail sabri yaakob
#keselamatan
#kesihatan
#KKM
#koronavirus
#PDRM
#perubatan
#PKPD
#PKPD Ke-7
#Polis Diraja Malaysia
#Selayang
#Selayang Baru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan