awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas berhibur, buang sampah ikut suka, di mana kesedaran sivik kita?

Fareez Azman
Fareez Azman
05/03/2023
13:01 MYT
Selepas berhibur, buang sampah ikut suka, di mana kesedaran sivik kita?
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Faidz Sanusi, syarat telah diberikan kepada pihak penganjur untuk menyelesaikan isu sampah selepas acara. -Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Konsert kumpulan K-Pop terkemuka, BLACKPINK di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sudah tentu mengegarkan stadium itu dengan persembahan memukau.
Namun, di sebalik persembahan yang menghiburkan penonton, yang menjadi persoalan ialah bagaimana kesedaran sivik dalam kalangan penonton?
Tinjauan Astro AWANI di perkarangan SNBJ pada Ahad mendapati, sampah dibuang merata-rata sehingga ke kawasan parkir kenderaan.
Keadaan ini sering berlaku apabila terdapat acara berskala besar termasuk perlawanan bola sepak.
Longgokan sampah di perkarangan SNBJ pada Ahad. Gambar: Astro AWANI
Longgokan sampah di perkarangan SNBJ pada Ahad. Gambar: Astro AWANI
Ada bekas makanan dan minuman yang ditinggalkan di bawah pokok, di kawasan semak, malah di tepi jalan sahaja meskipun jauh dari tong sampah.
Sepanjang tinjauan hampir sejam, ada sahaja sampah yang boleh dilihat. Adakah ini cerminan kesedaran sivik masyarakat kita?
Setiap kali anjuran acara besar, isu sampah dibuang merata tidak berkesudahan. Gambar: Astro AWANI
Setiap kali anjuran acara besar, isu sampah dibuang merata tidak berkesudahan. Gambar: Astro AWANI
Isu sampah bukan perkara baharu, malah sering kali berlaku di mana-mana stadium ataupun tempat acara.
Kami berhubung dengan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mengenai isu ini untuk mendapatkan reaksi pihak berkenaan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Faidz Sanusi, syarat telah diberikan kepada pihak penganjur untuk menyelesaikan isu sampah selepas acara.
"Pihak Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah mensyaratkan pihak penganjur bagi menyelesaikan isu sampah ini, pihak perbadanan stadium juga telah menempatkan kakitangan kebersihan bagi menyelesaikan isu isu sampah di luar kawasan stadium juga.
"Untuk makluman juga, semalam, kita ada dua konsert iaitu di Axiata Arena dan Stadium Nasional Bukit Jalil. Jadi, lokasi-lokasi sampah ini kebiasaannya (tempat) berkumpulnya penonton dan kawasan perniagaan," jelasnya ketika dihubungi Astro AWANI pada Ahad.
Tambahnya, penganjuran aktiviti perniagaan juga telah menyediakan perkhidmatan kebersihan.
Sampah di parkir kenderaan juga dapat dilihat sepanjang tinjauan. Gambar: Astro AWANI
Sampah di parkir kenderaan juga dapat dilihat sepanjang tinjauan. Gambar: Astro AWANI
Bagaimanapun, katanya ekoran sampah yang terlalu banyak, ia menyebabkan sampah tidak terurus.
"Namun kali ini PSM dapat tangani isu di lokasi biasa di mana penganjur aktiviti perniagaan menyediakan perkhidmatan kebersihan di kawasan perniagaan mereka.
"Namun hadirnya aktiviti di luar acara itu sendiri telah mengakibatkan sampah tidak terurus di kawasan tersebut.
Bekas makanan dan minuman yang ditinggalkan, dilonggokkan oleh pekerja kontraktor. Gambar: Astro AWANI
Bekas makanan dan minuman yang ditinggalkan, dilonggokkan oleh pekerja kontraktor. Gambar: Astro AWANI
"Untuk perancangan masa depan, pihak stadium akan adakan perancangan untuk menangani isu-isu ini," jelasnya.
Faidz berkata, dari sudut penyediaan tong sampah juga telah disediakan.
Ujarnya lagi, 80 peratus sampah dapat diselesaikan hari ini oleh pihak kontraktor, namun bakinya boleh diselesaikan pada hari seterusnya.
Topic Berkaitan
#kesedaran sivik
#Isu sampah
#SNBJ
#Masyarakat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan