awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas Singapura, Sarawak akan buka STATO di Brunei

Astro Awani
Astro Awani
25/01/2023
08:02 MYT
Selepas Singapura, Sarawak akan buka STATO di Brunei
Sultan Brunei Sultan Haji Hassanal Bolkiah (kanan) berkenan beramah mesra bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Istana Nurul Iman hari ini. - Foto Bernama
Bandar Seri Begawan: Selepas Singapura, Sarawak akan membuka sebuah lagi Pejabat Perdagangan dan Pelancongan (STATO) di Brunei, kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Menurutnya, perkara itu telah dipersetujui di peringkat Kementerian Brunei dan akan beroperasi di ibu kota Bandar Seri Begawan.
Jelas beliau, maklum balas positif itu bakal mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Brunei dan Sarawak bagi mencipta landskap ekonomi dan sosial yang lebih strategik di peringkat antarabangsa.
"Ini sudah tentu menjadi satu kemudahan bagi kita mrapatkan perhubungan yang baik antara Brunei dengan Sarawak.
"Bahkan sebenarnya mempertingkatkan perhubungan baik dan perkara ketiga dari perubahan sosial antara Brunei dan Sarawak," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Makan Malam Perdana Menteri bersama Diaspora di Brunei pada Selasa.
Abang Johari antara rombongan dari Malaysia yang mengadakan lawatan rasmi ke Brunei selama dua hari bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hadir sama, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Lawatan khas itu antaranya bertujuan untuk menilai kemajuan kerjasama sedia ada antara Malaysia-Brunei, selain meneroka peluang kerjasama baharu bagi manfaat kedua-dua negara.
Topic Berkaitan
#STATO
#Pejabat Perdagangan Sarawak
#Abang Johari Tun Openg
#Brunei Darussalam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan