KUCHING:Lelaki yang hanyut ketika cuba menyelamatkan teman wanitanya di Sungai Sarawak dekat sini ditemui dalam keadaan tidak bernyawa oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sekitar jam 12.00 tengah hari Sabtu.
Mayat Awangku Sahibul Awang Sazali, 33 tahun ditemui di dalam timbunan daun keladi di kawasan perairan Kampung Tupong, di sini.
Menurut Pengarah Bomba dan Pencari dan Penyelamat Negeri, Khiruddin Drahman, penemuan ini hasil gerakan bersepadu dan terancang pasukan SAR yang mengesan lokasi mangsa dengan mengambil kira faktor arus deras.
Mayat mangsa dibawa ke Pusat Kawalan Bomba di Jambatan Tun Abdul Rahman Yaakub untuk proses pengecaman awal sebelum diserahkan kepada pihak polis.
Dalam insiden sekitar jam 12.57 tengah hari Khamis, mangsa dihanyut arus deras ketika cuba menyelamatkan teman wanitanya, yang terjun ke sungai berkenaan berhampiran Medan Selera Kubah Ria.
Wanita berusia 27 tahun itu bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh pekerja tongkang yang berada kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian.
Baca: Lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Sarawak
Munirah Mudzamli
Sat Jan 16 2021

Mayat mangsa dibawa ke Pusat Kawalan Bomba di Jambatan Tun Abdul Rahman Yaakub untuk proses pengecaman awal sebelum diserahkan kepada pihak polis.- Foto: Astro AWANI

Imran Khan selamat undi tidak percaya
Dalam undian di Parlimen pada Sabtu, beliau memperoleh sokongan 178 daripada 340 Ahli Parlimen.

Senat AS lulus pakej bantuan COVID-19 berjumlah AS$1.9 trilion
Penggubalan rang undang-undang pakej rangsangan kedua terbesar dalam sejarah AS ini memberikan kemenangan pertama kepada Presiden Joe Biden.

COVID-19: Kes positif lebih 116 juta, kematian hampir 2.6 juta
Data Johns Hopkins University menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 116.3 juta.

Kelantan mohon KBS segera salurkan peruntukan naik taraf stadium
Kerajaan Kelantan memohon agar peruntukan berjumlah RM5 juta yang sudah diluluskan Kerajaan Persekutuan untuk menaik taraf Stadium Sultan Mohammad IV dapat segera disalurkan.

Lipat gandakan usaha, sedia hadapi PRU15 - Anwar Ibrahim
Hal itu disuarakan Anwar dalam pertemuan dengan anggota Keadilan Negeri Sembilan, malam tadi.

Petani India marah, undang-undang baharu agrikultur jejas pendapatan
Walaupun disifatkan sebagai reformasi oleh Perdana Menteri Narendra Modi, namun ia sebenarnya menyusahkan petani jana pendapatan.

Jerman sedia kit ujian saringan COVID-19 di pasar raya
Kit ujian saringan pantas itu dijual pada sekitar harga 25 euro atau RM121 setiap satu.

Penunjuk perasaan antikerajaan kembali ke jalanan, ingkar perintah baharu larang perhimpunan awam
Mereka berkumpul dan mengulangi tuntutan agar perubahan politik dilakukan termasuk pengunduran Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha, pembubaran Parlimen, pindaan Perlembagaan serta reformasi monarki.

JAS Perak tunggu keputusan sampel air Sungai Kuang yang didakwa tercemar
Laporan itu dijangka mengambil masa kira-kira sebulan bagi mengetahui keputusan sampel air yang diambil pada Khamis lepas.

Pas kekal komited dengan penyatuan ummah - Takiyuddin
PAS komited dengan pendirian bahawa penyatuan ummah adalah perkara paling penting dalam membentuk kerajaan yang kuat dan stabil, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Program vaksinasi kumpulan pertama di Miri berjalan lancar
Empat PPV terlibat dalam program imunisasi di Miri adalah Dewan Eastwood, Dewan Dato Permaisuri, Dewan Masyarakat Marudi dan Hospital Miri.

Sembilan kawasan di Semenanjung rekod gelombang haba tahap kuning - MetMalaysia
Kawasan berkenaan ialah Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Sepang, Tampin, Alor Gajah, Melaka Tengah, Jasin, Tangkak dan Batu Pahat.

COVID-19: 221 kes positif, satu kluster baharu di Sarawak
Sarawak melaporkan pertambahan 221 kes positif COVID-19 dengan Sibu kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 79 kes.

Kemudahan kesihatan swasta di Sarawak sedia dijadikan pusat vaksinasi
Hospital swasta dan klinik pengamal perubatan am (GP) sudah bersedia untuk disenaraikan sebagai pusat vaksinasi COVID-19 dalam negara.

Vaksin COVID-19: Penerimaan rakyat penting bagi putuskan rantaian jangkitan
Penerimaan rakyat terhadap Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan merupakan aspek penting dalam menjayakan agenda memutuskan rantaian COVID-19 di negara ini.

"Meskipun terlantar sakit, saya paksakan diri bekerja untuk anak-anak..."
Nor Karmira Benny, seorang ibu tunggal cekal membesarkan lima anaknya meskipun terlantar di katil sejak Ogos tahun lalu kerana sakit.

COVID-19: Kes keseluruhan di Sarawak kini 10,674
Sarawak mencatat penambahan 250 kes baharu COVID-19, menjadikan kes kumulatif kini berjumlah 10,674 kes.

1,045 sekolah rendah di Sarawak dibuka mulai 8 Mac
1,045 buah sekolah rendah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan seluruh negeri Sarawak dibenarkan beroperasi secara bersemuka mulai 8 Mac 2021.

Uggah, Masing terima vaksin di IJN Kota Samarahan
Pengerusi JPBN Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech.

Sarawak bantu pelajar bayar balik pinjaman PTPTN
Sarawak menyediakan peruntukan RM30 juta bagi membantu pelajar dalam kalangan anak Sarawak yang berhadapan masalah untuk membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).