awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas TMJ 'bersuara', Johor tuntut 30% hasil cukai dari Putrajaya

Astro Awani
Astro Awani
11/06/2024
10:50 MYT
Selepas TMJ 'bersuara', Johor tuntut 30% hasil cukai dari Putrajaya
Menurut Onn, permohonan berkenaan adalah untuk memastikan Bangsa Johor dapat menikmati pembangunan negeri ke tahap yang lebih baik, kata Onn dalam kenyataan ringkas di Facebook, pada Selasa. - Sumber foto FB Hafiz Onn
KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya, 30 peratus dari hasil cukai negeri patut diberikan ke negeri Johor, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Menurut Onn, permohonan berkenaan adalah untuk memastikan Bangsa Johor dapat menikmati pembangunan negeri yang lebih baik, kata Onn, dalam kenyataan ringkas di Facebook, pada Selasa.
Permohonan ini telah dibuat semasa sesi terima mengadap Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, Datuk Johan Mahmood Merican; Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Nor Azmie Diron; Pengarah Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan, Datuk Shahrol Anuwar bin Sarman.
Antara perkara lain yang dibincangkan adalah mengenai cadangan membina persimpangan bertingkat baharu di Link Kedua, projek pembinaan baraj dan takungan air pinggiran sungai di Sg Sedili Besar dan program pemuliharaan Sungai Skudai di daerah Kulai dan Johor Bahru.
Ahad lalu, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail dilaporkan mencadangkan Johor untuk mewujudkan Gabungan Bangsa Johor supaya sentimen politik dan kepentingan negeri ini diputuskan oleh rakyat Johor dan bukan orang luar.
Baginda turut bertitah, Gabungan Bangsa Johor itu boleh memperbaiki sistem dalam negeri ini demi kepentingan kehidupan generasi akan datang supaya lebih terpelihara.
"Kita perlu lihat kepentingan sesuatu agenda itu apa yang memberi manfaat kepada negeri kita. Sampai bila Johor nak jadi pengemis.
"Biar Johor jaga kepentingan negeri kita sebab di Putrajaya, mereka tidak faham sentimen keperluan kita, saya nak tengok yang bangunkan negeri ini anak-anak Johor, bukan orang lain.
"Kalau kita ada Gabungan Bangsa Johor macam parti politik di Sarawak, jika Sarawak boleh buat, kita pun boleh buat. Itu saya harap akan berubah dari segi cara pemikiran dengan ada gabungan ini.
"Jika tidak ubah cara pemikiran kita, saya fikir sampai bila-bila Johor akan jadi pengemis, sampai bila-bila Johor kena minta permohonan, itu pun tengok juga kalau kita ini jadi keutamaan atau tidak," titah baginda ketika sesi podcast secara langsung dalam "Program Johor Youth Meet-up" di Kompleks Sukan Educity, Johor Bahru.
Topic Berkaitan
#tunku mahkota ismail
#hasil negeri Johor
#Onn Hafiz
#pembangunan negeri Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan