awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selesema burung H5N8: KKM akan bertindak sekiranya menjangkiti manusia

Isabelle Leong
Isabelle Leong
12/11/2020
11:44 MYT
Selesema burung H5N8: KKM akan bertindak sekiranya menjangkiti manusia
DR NOOR HISHAM: KKM akan mengkaji risiko virus tersebut sekiranya terdapat kes jangkitan pada manusia. - BERNAMA
KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuat pemantauan bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) jika wabak selesema burung H5N8 menjangkiti manusia.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat ini, tiada jangkitan virus berkenaan di negara ini.
“Memang setiap tahun, kita lihat terdapat perkembangan iaitu virus ini bermutasi, contohnya H5N8.
“Namun, kami mendapati virus itu menjangkiti burung sahaja. Sama ada ia menjangkiti manusia atau tidak, itu yang kita bimbangkan.
“KKM akan melihat risiko virus tersebut sekiranya terdapat kes jangkitan pada manusia,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya pada Khamis.
Dr Noor Hsiham berkata, KKM akan merujuk kepada JPV untuk melihat perkembangan virus tersebut pada haiwan.
Media sebelum ini melaporkan Kementerian Pertanian Korea Selatan mengeluarkan amaran menerusi satu kenyataan pada Selasa (10 November) berhubung penularan virus H5N8.
Ia selepas mendapati strain selesema burung berkenaan pada sampel burung liar di barat tengah negara itu pada minggu lalu.
Virus berkenaan dikesan pada sampel yang dikumpulkan daripada burung liar dari Cheonan-si, Chungcheongnam-do iaitu kira-kira 84 kilometer barat daya Seoul.
Untuk rekod, Malaysia merupakan antara lokasi persinggahan burung migrasi.
Topic Berkaitan
#Selesema burung H5N8
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#Jabatan Perkhidmatan Veterinar
#DVS
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Pertanian Korea Selatan
#burung liar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan