awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Pendakwa raya mohon perintah halang Na'imah urus aset di Jersey
DUNIA
Keutamaan utama IAEA untuk kembali ke kemudahan nuklear Iran - Grossi
MALAYSIA
Pemuda didakwa tumbuk, gigit dada anggota polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Seleweng dana sukuk lebuh raya: SPRM kesan RM11 juta diguna dalam bentuk wang digital

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
25/06/2025
04:15 MYT
Sponsor Banner
Seleweng dana sukuk lebuh raya: SPRM kesan RM11 juta diguna dalam bentuk wang digital
Menurut Azam, siasatan SPRM mengesan RM11 juta daripada dana sukuk bagi sebuah projek lebuh raya di Lembah Klang telah digunakan dalam bentuk mata wang digital. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan sebanyak RM11 juta daripada dana sukuk bagi sebuah projek lebuh raya di Lembah Klang telah digunakan dalam bentuk mata wang digital, melibatkan siasatan terhadap seorang individu bergelar Tan Sri.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti kaedah wang itu dikeluarkan dan bentuk perbelanjaan yang dilakukan.
"Wang itu disyaki daripada dana sukuk dan telah ditukar kepada mata wang digital. Saya difahamkan ia digunakan untuk pembelian, namun bentuk pembelian itu masih dalam siasatan.
"Setakat ini kita belum dapat sahkan sepenuhnya, tetapi terdapat dokumen transaksi yang menunjukkan penggunaan wang digital tersebut," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Azam memaklumkan, seramai 55 saksi telah dirakam keterangan, manakala sembilan individu telah ditangkap setakat ini.
Selain itu, sebanyak 22 akaun bank telah dibekukan, terdiri daripada 14 akaun milik individu dan lapan akaun syarikat, melibatkan jumlah keseluruhan pembekuan sebanyak RM156 juta.
Katanya, kesemua akaun tersebut dibekukan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).
Dalam masa sama, Azam memaklumkan, SPRM turut mengesan sebanyak RM25 juta digunakan untuk minuman alkohol dan kegiatan perjudian termasuk dipercayai jack pot.
"Kita akan memanggil beberapa lagi saksi sekurang-kurangnya 10 orang. Siasatan ini seperti saya maklumkan akan siap dalam tempoh dua bulan dan mungkin akan ada penemuannya nanti dan saya akan maklum jika ada perkembangan terbaharu,” tambah Azam.
Sebelum ini, SPRM menyita aset dalam negara berjumlah RM141 juta serta sedang mengesan aset luar negara bernilai RM15 juta yang dikaitkan dengan penyelewengan dana sukuk bagi projek pembinaan lebuh raya berkenaan.
Jumlah yang disita membabitkan akaun individu RM4.5 juta, akaun syarikat RM33 juta, kondominium mewah dan tanah RM24.5 juta, jam tangan mewah RM26 juta, sembilan unit kereta mewah RM7.65 juta dan barangan kemas serta berlian RM10 juta.
Barangan lain yang disita adalah tas tangan mewah RM6 juta, jongkong, patung emas dan syiling emas yang dianggarkan bernilai RM3 juta serta empat ekor kuda bernilai RM400,000.
Topic Berkaitan
#seleweng dana
#sukuk lebuh raya
#Tan Sri disiasat
#Azam Baki
#projek lebuh raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami