awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seleweng RM1.5 juta, bekas setiausaha dan akauntan JMB ditahan SPRM

Bernama
Bernama
31/01/2017
14:33 MYT
Seleweng RM1.5 juta, bekas setiausaha dan akauntan JMB ditahan SPRM
Kedua-dua suspek yang ditahan berusia 53 dan 27 tahun itu dipercayai melakukan penyelewengan itu sejak 2010. - Gambar fail
Bekas setiausaha dan akauntan di sebuah Badan Pengurusan Bersama (JMB) kondominium di ibu negara, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyeleweng RM1.5 juta daripada badan berkenaan.
Kedua-dua suspek yang ditahan berusia 53 dan 27 tahun itu dipercayai melakukan penyelewengan itu sejak 2010.
Menurut sumber, penyelewengan berkenaan terbongkar apabila gaji kakitangan syarikat JMB yang menyelenggara lebih 500 unit kondominium tersebut tertunggak sejak Jun 2016.
"Bekas setiausaha berkenaan ditahan di rumahnya di Jalan Klang Lama pada 10.30 pagi manakala akauntan itu pula ditahan di Sungai Petani, Kedah pada 1.30 petang tadi.
"Selain menjadi setiausaha JMB pada 2012, suspek juga memegang jawatan sebagai Pengurus Besar sebuah syarikat bersekutu JMB sejak 2010," katanya kepada Bernama hari ini.
Sumber itu berkata kedua-dua suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok, untuk permohonan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan berhubung tangkapan berkenaan.
"Setakat ini, pihak kami sudah merakam percakapan beberapa saksi yang dipercayai dapat membantu siasatan kes ini selain merampas beberapa dokumen serta komputer riba daripada kedua-dua suspek," katanya. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Badan Pengurusan Bersama
#JMB
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan