DUGAAN buat pelakon terkenal Fasha Sandha apabila dia dijangkiti virus COVID-19 ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman suaminya, Aidil Aziz di Rembau, Negeri Sembilan.
Fasha menerusi Instagram pada Jumaat berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak raya pertama.
“Hati siapa yang tidak hancur... kisahnya sejak Raya pertama terus bersin tanpa berhenti.
"Ingatkan nak selesema biasa saja... husnuzon, 13 jam dalam perjalanan dari Rembau, berhenti KL sekejap, sambung perjalanan ke Perlis.
“Makan apa-apa rasa tawar, hati ni tiba-tiba rasa tak sedap hati, terus pegi klinik dan check COVID-19 sebelum nak jumpa keluarga di Perlis.
"Ya benar, berjaya mendapat COVID-19 dari Rembau. Nasib la, pergi check, kalau tak check, makanya saya membawa virus ni semua di Perlis. Dah la di Perlis ni ada ramai orang tua dan berisiko tinggi.
"Alhamdulillah Allah lindung mereka daripada COVID-19. Ini dugaan raya kami,” kongsi Fasha turut berkongsi video dia menangis apabila mengetahui dirinya dijangkiti virus itu.
Pada perkongsian yang sama, Fasha mengakui dia berasa amat sedih apabila rancangannya untuk beraya bersama keluarga di kampungnya di Perlis hancur disebabkan sikap orang lain yang pentingkan diri sendiri.
“Sedih tak dapat beraya dengan keluarga Perlis satu perkara. Lagi satu sedih teramat sebab 99 peratus di sana bila kami beritahu kena COVID-19, dia orang menganggap ni demam biasa saja.
"Siapalah yang keluar beraya masa ada virus ni, kan. Memanglah selfish.
“Kerana kau punya selfish, kau tahu kau tak sihat, tetap keluar beraya, pass virus pada orang lain. Hancur plan raya saya dengan keluarga Perlis saya.
“Hari ni sambung perjalanan kami ke KL, 10 jam lagi nak mengadap jalan jam,” ujarnya.
Beraya sambil kuarantin di rumah hingga Ahad, Fasha turut menjelaskan dia berkongsi perkara itu kerana mahu memberi peringatan kepada pengikutnya agar sentiasa menjaga diri ketika menyambut Hari Raya.
“Dan inilah kisah raya kami keluarga kecil. Beraya sambil kuarantin sampai Ahad. Tak apa, kami berenam saja raya sambil kuarantin. Dugaan kami.
“Tujuan saya kongsi perkara ni adalah untuk memberikan peringatan pada followers saya... untuk stay safe.
"Pakai face mask, jangan bersentuh-sentuh sangat. Biarlah orang nak kata kita sombong daripada dapat penyakit untuk keluarga kita,” ujarnya. -Gempak
Gempak
Sat Apr 13 2024
Fasha mengakui dia berasa amat sedih apabila rancangannya untuk beraya bersama keluarga di kampungnya di Perlis hancur disebabkan sikap orang lain yang pentingkan diri sendiri. -Gempak
Faisal Halim mula berjalan, mahu balik - Shahril
Pemain Selangor FC, Faisal Halim, yang menjalani pembedahan ketiga petang semalam, terus menunjukkan reaksi positif.
PRK Kuala Kubu Baharu: PH punyai sedikit kelebihan berbanding PN - Ilham Center
Dengan majoriti etnik Melayu tersudut kepada PN, dan majoriti etnik Cina di pihak PH, maka pengundi India boleh diletakkan sebagai penentu.
Pelayar warga Sweden ditemukan maut
Seorang pelayar warga Sweden ditemukan maut di kapal layar miliknya yang berlabuh berhampiran perairan Kampung Patau-Patau.
[TERKINI] Tan Sri Azam Baki dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM tempoh setahun
Agong perkenan pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempoh satu tahun berkuat kuasa 12 Mei 2024.
Wanita mengaku salah menyundal
Seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan aktiviti persundalan pada minggu lalu.
Keputusan pengisytiharan gencatan senjata kini di tangan Israel - Hamas
Hamas menegaskan kuasa dan keputusan penuh kini berada di tangan Israel selepas rundingan gencatan senjata terbaharu di Kaherah, Mesir tidak mencapai sebarang persefahaman.
Pelajar dapat akses maklumat, kajian dua minggu lagi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata akses tersebut diberikan melalui perkomputeran awan dan dikoordinasikan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Malaysia perlu bina ekosistem AI, rencana pendidikan - PM
Perdana Menteri berkata perlu wujud perancangan segera membabitkan sistem pendidikan negara bermula daripada pendidikan awal hingga ke institusi pengajian tinggi bagi membina ekosistem AI.
[TERKINI] Yang di-Pertua Dewan Negara meninggal dunia
Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) jam 11.46 pagi, sebentar tadi.
AWANI Ringkas: Pengerusi SPR pegang jawatan sehingga 66 tahun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KKM keluar kenyataan berkaitan vaksin AstraZeneca dalam masa terdekat
KKM akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu penarikan balik vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca dalam masa terdekat.
Isu tunggakan cetakan MyKid bakal selesai Julai ini - JPN
Isu cetakan MyKid yang tertunggak akibat masalah perolehan bekalan mikrocip semasa pandemik COVID-19 lalu dijangka dapat diselesaikan pada Julai ini secara berperingkat di seluruh negara.
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.