KUANTAN: Selisih faham, masalah kewangan dan anak selain cemburu merupakan antara faktor berlakunya keganasan dalam rumah tangga di Pahang, kata Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Datuk Sabariah Saidan.
Beliau berkata sebanyak 384 laporan polis telah diterima sejak 2022 hingga Jun lepas dengan faktor perselisihan faham merekodkan bilangan kes tertinggi iaitu 296 kes selain masalah kewangan (38 kes), mabuk dan penyalahgunaan dadah masing-masing 13 kes serta cemburu (lima kes).
Beliau berkata sebanyak 253 keganasan rumah tangga direkodkan sepanjang tahun lepas dengan daerah Kuantan mencatatkan rekod kes tertinggi iaitu 84 kes, Bera (29), Maran (28), Temerloh (27), Pekan (17), Kuala Lipis (16), Bentong (15), Rompin (14), Raub (11), Jerantut (10) dan Cameron Highlands (dua).
Bagi tahun ini setakat Jun, sebanyak 131 kes telah diterima dengan Kuantan merekodkan 41 kes, Maran (15), Temerloh (13), Rompin (11), Jerantut (12), Bera dan Bentong masing-masing 10 kes, Pekan (tujuh), Kuala Lipis (enam), Raub (lima) dan Cameron Highlands (satu).
"Langkah yang diambil kerajaan untuk membendung isu ini berlaku melibatkan pelbagai pendekatan antaranya aktiviti dan program yang dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia menerusi pencegahan dan pemulihan," katanya.
Sabariah berkata demikian pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini, pada Isnin bagi menjawab soalan Woo Chee Wan (PH-Mentakab) yang ingin tahu jumlah kes, faktor dan langkah diambil kerajaan untuk membendung keganasan rumah tangga.
Mengenai langkah pencegahan, beliau berkata kempen kesedaran keganasan rumah tangga menggunakan platform ceramah, forum hebahan dan berkaitan telah diadakan selain memberi pelindungan yang sewajarnya kepada mangsa keganasan rumah tangga seperti perintah perlindungan kecemasan (EPO).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 04 2023
![Selisih faham, masalah kewangan antara faktor keganasan rumah tangga di Pahang Selisih faham, masalah kewangan antara faktor keganasan rumah tangga di Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701676864_DomesticViolence.jpg)
Sebanyak 384 laporan polis telah diterima sejak 2022 hingga Jun lepas dengan faktor perselisihan faham merekodkan bilangan kes tertinggi. - Gambar hiasan
![Koleksi mata wang bijih timah kurun ke-14 di Ipoh World Koleksi mata wang bijih timah kurun ke-14 di Ipoh World](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722060245_baranganantikGale.jpg)
Koleksi mata wang bijih timah kurun ke-14 di Ipoh World
Mata wang haiwan yang dikumpul sejak tahun 2005 itu terdiri daripada pelbagai bentuk.
![Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722059187_MuhammadAlifMonjan.jpg)
Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN
Anggota polis yang didakwa atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah akan dikenakan tindakan tahan kerja.
Tanah runtuh: Lebih 250 maut, Ethiopia berkabung tiga hari
Parlimen Habsyah mengumumkan tempoh berkabung tiga hari bermula hari in susulan tragedi tanah runtuh di selatan negara itu.
Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA). Memaklumkan lebih 257 mangsa jadi korban bencana yang berlaku di wilayah berpenduduk padat itu.
Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA). Memaklumkan lebih 257 mangsa jadi korban bencana yang berlaku di wilayah berpenduduk padat itu.
![KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722055391_moukprjterengganu.jpg)
KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif
Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) dan Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) memeterai memorandum persefahaman.
![Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722057242_tbFirefightersOreg.jpg)
Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island
Kebakaran hutan besar di negeri Oregon, telah merebak kira-kira 600 batu persegi (1,554 km persegi), yang saiznya melebihi separuh daripada keluasan tanah Rhode Island.
![Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi' Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721815858_dasarlaut.jpg)
Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'
LAUT menjadi antara penghasil oksigen paling banyak di atmosfera. Selama ini saintis percaya oksigen ini dihasilkan oleh tumbuhan laut menerusi proses fotosintesis.
![Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
![Lelaki didakwa takutkan isteri dengan gunting Lelaki didakwa takutkan isteri dengan gunting](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721886634_tbpengurusanjenazah.jpg)
Lelaki didakwa takutkan isteri dengan gunting
Seorang ahli pengurusan jenazah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, pada Khamis, atas tuduhan menakutkan isteri menggunakan gunting.
![Bakar isteri hidup-hidup kerana lambat pulang dari kedai Bakar isteri hidup-hidup kerana lambat pulang dari kedai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719982538_HandcuffGari.jpg)
Bakar isteri hidup-hidup kerana lambat pulang dari kedai
Seorang lelaki ditahan polis di sini selepas cuba mencederakan isterinya sendiri dengan cara membakar wanita itu hidup-hidup di Tangerang.
![Polis siasat dakwaan suami pukul isteri di Port Dickson Polis siasat dakwaan suami pukul isteri di Port Dickson](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/41437207555_PolisLogo.jpg)
Polis siasat dakwaan suami pukul isteri di Port Dickson
Siasatan mendapati pergaduhan antara suami isteri itu berlaku pada 24 Mei lepas dan puncanya dipercayai akibat lelaki itu berlaku curang.
![Polis kesan wanita, dua anak lari dari rumah perlindungan Polis kesan wanita, dua anak lari dari rumah perlindungan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715672549_TBLOGOPDRM.jpg)
Polis kesan wanita, dua anak lari dari rumah perlindungan
Polis sedang mengesan seorang wanita berusia 25 tahun dan dua anaknya yang dilaporkan hilang dari sebuah rumah perlindungan di Selangor Jumaat lepas (10 Mei).
![Wanita dipukul suami selepas tutup pintu dengan kuat Wanita dipukul suami selepas tutup pintu dengan kuat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-04/61586142681_DomesticViolence.jpg)
Wanita dipukul suami selepas tutup pintu dengan kuat
Suspek memukul mangsa dengan menggunakan tangan dan menyebabkan mangsa mengalami sakit dan lebam di bahagian tangan, kaki dan badan.
![Suspek disyaki bunuh ibu bapa dan empat yang lain ditahan di Texas Suspek disyaki bunuh ibu bapa dan empat yang lain ditahan di Texas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701963088_TexasShooting.jpg)
Suspek disyaki bunuh ibu bapa dan empat yang lain ditahan di Texas
Seorang suspek ditahan dan didakwa atas pertuduhan membunuh ibu bapanya serta empat yang lain di negeri Texas Amerika Syarikat, menurut pihak berkuasa pada Rabu.
![Selisih faham, masalah kewangan antara faktor keganasan rumah tangga di Pahang Selisih faham, masalah kewangan antara faktor keganasan rumah tangga di Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701676864_DomesticViolence.jpg)
Selisih faham, masalah kewangan antara faktor keganasan rumah tangga di Pahang
Selisih faham, masalah kewangan dan anak selain cemburu merupakan antara faktor berlakunya keganasan dalam rumah tangga di Pahang.
![64 kes keganasan rumah tangga babitkan suami direkodkan di Pulau Pinang 64 kes keganasan rumah tangga babitkan suami direkodkan di Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71701147077_TBKEWARGANEGARAAN.jpg)
64 kes keganasan rumah tangga babitkan suami direkodkan di Pulau Pinang
Berdasarkan rekod PDRM, jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding 105 kes membabitkan lelaki pada tahun lepas.
![Selangor catat kes keganasan rumah tangga tertinggi Selangor catat kes keganasan rumah tangga tertinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71698470696_abusedera.jpg)
Selangor catat kes keganasan rumah tangga tertinggi
Selangor mencatatkan kes keganasan rumah tangga tertinggi, iaitu 4,690 kes berbanding negeri lain di seluruh negara bagi tempoh 2020 hingga Ogos 2023.
![Wanita dibelasah suami gara-gara tak maklum bawa anak ke klinik Wanita dibelasah suami gara-gara tak maklum bawa anak ke klinik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41654687914_domesticviolence.jpg)
Wanita dibelasah suami gara-gara tak maklum bawa anak ke klinik
Berang isteri tidak memaklumkan untuk membawa anak mendapatkan rawatan di klinik, seorang lelaki tergamak membelasah isterinya.