awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semai semangat pelajar menjelang peperiksaan - WeMalaysia Australia

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
01/11/2016
00:57 MYT
Semai semangat pelajar menjelang peperiksaan - WeMalaysia Australia
(Dari kanan) Prof Madya Dr Mansor bersama Muhammad Ali Halim, Wan Ahmad Zikri, Mohd Faiz dan Mohd Zahid.
Pelajar Malaysia di Australia tidak pernah lupa untuk saling membantu dalam proses memupuk silaturahim dalam kalangan mereka dan menyemarakkan semangat saling memberikan galakan dan motivasi antara satu sama lain.
Pengerusi WeMalaysia Australia, Muhammad Ali Halim Sirat berkata antaranya ia disemai daripada program pihaknya dengan Halaqah Kebajikan Islam Mahasiswa (HAKIM) demi melestarikan ukhuwah sesama mereka.
"Majlis solat sunat hajat anjuran Halaqah Kebajikan Islam Mahasiswa (HAKIM), pelajar The University of Queensland (UQ) Australia dan WeMalaysia ini merupakan inisiatif mahasiswa dan mahasiswi Malaysia di Queensland supaya istiqamah dalam menyiapkan diri menghadapi peperiksaan, termasuk daripada aspek kerohanian.
"Usaha murni ini bertujuan memastikan pelajar benar-benar bersedia menduduki peperiksaan agar berjaya mencapai keputusan yang cemerlang.
"Aktiviti yang dijalankan ini juga diselitkan dengan program Night of Ukhwah yang menyemarakkan aspek patriostism, negara bangsa dan nilai murni," katanya kepada Astro AWANI di sini pada Isnin.
Sementara itu, Presiden HAKIM Brisbane, Wan Ahmad Zikri Wan Sulaiman memberitahu pengisian majlis solat sunat hajat dan Night of Ukhwah adalah bermotifkan kesedaran betapa pentingnya usaha istiqamah dalam pengajian iaitu usaha, doa dan tawakal.
"Sesuatu yang menarik dalam program ini adalah pelaksanaan motivation booster iaitu Setulus Ingatan Buat Teman (SIBT).
"Ia merupakan pemberian kad ucapan dengan kata semangat daripada pengirim bersama dengan cup-cake dan brownie untuk ditujukan kepada penerima sebagai perangsang untuk belajar.
"Pengarah program SIBT Nurul Azzura Mohamad Jafri dan Aisyah Insyirah Mohd Shahir bertugas sebagai pendukung utama dalam aktviti ini sehingga mendapat sambutan mengalakkan daripada para pelajar," ujarnya.
Katanya lagi, majlis itu turut menyediakan ceramah bertajuk Designing your Life oleh Prof Madya Dr Mansor Abu Talib dari Universiti Putra Malaysia yang bersama Institute for Suicidal Research and Prevention, Griffith University, Brisbane selama tiga bulan di Australia.
"Prof Madya Dr Mansor memberitahu ini adalah masanya untuk pelajar Malaysia menyedari matlamat apabila berada di luar negara berlandaskan konsep 'what do you really really want in life' sambil merujuk kepada matlamat mencari kejayaan dan kebahagiaan dalam kehidupan bagi jangka masa pendek di sini dan jangka masa panjang apabila pulang semula ke tanah air," jelasnya.
Dalam majlis sama, pengarah program, Mohd Faiz Ahmad Shaari dan Mohd Zahid Mohd Juri menyarankan rakan-rakan sentiasa memberikan tumpuan sepenuhnya kepada peperiksaan.
"Rakan-rakan dinasihat tidak terlalu tertekan, sebaliknya berusaha mendekatkan diri dengan ibadah dan berdoa kepada Allah serta sentiasa mendapatkan sokongan ibu bapa dan keluarga," kata mereka.
Solat sunat hajat diketuai Presiden ISMA Queensland, Izzat Roslan.
Majlis juga diserikan dengan pengenalan program Misi Bakti oleh HAKIM, persembahan qasidah serta pasukan nasyid pelajar Malaysia di Brisbane, Eirshad Voice.
Topic Berkaitan
#Australia
#hakim
#ISMA
#peperiksaan
#SIBT
#WeMalaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan