Peningkatan peratusan pelajar universiti yang sanggup menerima dan memberi rasuah berdasarkan kajian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membimbangkan ketua pesuruhjayanya, Datuk Dzulkifli Ahmad.
Dzulkifli berkata Kajian Persepsi Keberkesanan Tindakan Pencegahan Rasuah yang dibuat SPRM tahun lepas menunjukkan 16 peratus daripada 1,000 orang mahasiswa yang menjadi responden sanggup menerima rasuah jika mempunyai peluang dan kuasa.
"Angka ini membimbangkan kerana kajian (yang sama pada) 2015 menunjukkan 10.7 peratus manakala pada 2014 hanya 11.3 peratus pelajar yang menyatakan kesanggupan untuk menerima rasuah," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucaptamanya di Seminar Graduan Holistik anjuran bersama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Kementerian Pendidikan Tinggi dan SPRM di sini.
Menurutnya kajian itu turut mendapati 18.2 peratus pelajar bersedia memberi rasuah agar mereka tidak dikenakan tindakan dan angka ini meningkat berbanding 17.4 peratus pada tahun 2015.
Dzulkifli berkata statistik SPRM bagi tempoh di antara 2013 dan Oktober 2016 menunjukkan 1,045 orang daripada 1,092 orang pesalah rasuah yang ditahan adalah mereka yang berumur 40 tahun ke bawah.
Bercakap kepada media selepas program itu, beliau berkata SPRM sekarang telah meningkatkan lagi perhatian mereka untuk mendidik golongan muda ini bagi menyemai semangat membenci amalan rasuah.
"Penekanan juga diberi bukan sahaja di peringkat universiti tetapi kita juga akan cuba untuk memastikan usaha-usaha pendidikan (pencegahan rasuah) ini dijalankan daripada peringkat awal lagi," katanya.
Di KUALA LUMPUR, Dzulkifli dalam kenyataan medianya berkata golongan muda khususnya mahasiswa harus teguh berdiri bersama-sama SPRM dan menggembleng tenaga bagi mencegah gejala rasuah daripada terus menghakis nilai-nilai masyarakat yang mencacatkan kemakmuran negara.
"Isu rasuah merupakan isu rakyat dan golongan muda mahasiswa perlu sentiasa bersama SPRM di barisan hadapan bagi membela isu-isu yang berkisar tentang rakyat khususnya golongan miskin serta penduduk di desa yang merasa ditindas," katanya.
Selain itu, Dzulkifli berkata sebagai permulaan, sejumlah 2,000 pegawai SPRM di seluruh negara akan turun pada Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) untuk bertemu dan mendampingi rakyat bagi menyebar luas mesej Gerah yang akan dilancarkan pada Isnin ini.
"SPRM akan menjadi agen penggerak kepada gerakan revolusi ini dan melalui gerakan revolusi tersebut dan kami akan meresap sokongan rakyat bagi memastikan agenda penentangan terhadap rasuah dan salah guna kuasa menjadi agenda nombor satu negara.
"Oleh itu, saya ingin mengambil ruang dan peluang ini untuk mengajak dan menggesa para mahasiswa di seluruh negara agar turut sama-sama menyokong hasrat SPRM bagi memastikan mesej dan gerakan revolusi ini sampai kepada rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 06 2017
DZULKIFLI: Angka ini membimbangkan kerana kajian (yang sama pada) 2015 menunjukkan 10.7 peratus manakala pada 2014 hanya 11.3 peratus pelajar yang menyatakan kesanggupan untuk menerima rasuah.
Makkah Route: Bukti keyakinan Arab Saudi kepada Malaysia
Pelaksanaan inisiatif Makkah Route untuk kali keenam membuktikan pengiktirafan antarabangsa dan keyakinan pihak Arab Saudi terhadap Tabung Haji.
TH peruntuk 30 juta riyal untuk kos makanan jemaah haji tahun ini
Sebanyak SAR30 juta diperuntukkan bagi kos penyediaan dua juta pek makanan kepada 31,600 jemaah sepanjang musim haji tahun ini.
'Jemaah haji ialah VIP, perlu dilayan sebaiknya' - Cef Anas
Cef Anas anggap tugas memasak untuk 31,600 jemaah Malaysia di Tanah Suci sebagai jihadnya.
Pesawat turun mendadak kurang dari 10 saat - Penumpang SIA
Salah sorang penumpang pesawat penerbangan Singapore Airlines (SIA) yang mengalami keadaan gelora udara (turbulent) kuat, Dzafran Azmir memberitahu kejadian berlaku dengan sangat pantas.
Haji 2024: Makanan disaring ketat sebelum diedar kepada 31,600 jemaah
TH tidak berkompromi aspek keselamatan makanan bermula daripada penyediaan dan penyajian sehingga kepada penghantaran.
Wanita maut, motosikal dilanggar lori
Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
AWANI Pagi: Tak nak kena tipu beli kereta terpakai?
Kelahiran SCRUT yang membongkar penipuan gred dan kondisi kereta import terpakai (kereta recond) telah tular dan memberi impak yang sangat baik kepada industri automotif. Buat masyarakat, ia sesuatu yang baik, manakala buat penjual yang tidak jujur, ia mimpi ngeri. Nak tahu perkongsian lebih lanjut, jangan terlepas tonton #AWANIPagi.
#AWANInews
#AWANInews
Putin puji hubungan Rusia dengan Iran
Putin juga memberi jaminan akan memastikan hubungan baik dengan republik itu berterusan.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wesak
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di negara ini.
Penganut agama Buddha sambut Hari Wesak hari ini
Hari Wesak disambut dengan menyalakan colok dan lilin berbentuk bunga teratai, menabur bunga dan memandikan patung Buddha.
Bekas Pesuruhjaya SPRM 'intai' kerusi Parlimen Tasek Gelugor?
Tan Sri Dzulkifli Ahmad dikhabarkan akan bertanding di kerusi Parlimen Tasek Gelugor pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Dzulkifli Ahmad tidak tolak kemungkinan sertai parti politik
Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad tidak menolak kemungkinan menyertai mana-mana parti politik.
Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM tidak tolak bertanding PRU15
Jika rakyat Tasek Gelugor mahu beliau bertanding, Dzulkifli bersedia untuk memikul tanggungjawab itu.
Perbicaraan SRC: Wang masuk ke akaun Najib tidak semestinya bawa maksud kesalahan - Saksi
Saksi memberitahu, wang yang masuk ke akaun Najib tidak semestinya bermaksud satu kesalahan, jika dia tidak mengetahui mengenainya.
Pendedahan audio: Latheefa gembira dengan komitmen pihak polis
Latheefa Koya harap polis percepatkan siasatan berhubung rakaman audio yang dipercayai membabitkan beberapa individu termasuk bekas Perdana Menteri. Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Bila saya tengok benda tu rasa macam nak nangis" - Transkrip perbualan dipercayai antara Dzulkifli Ahmad dan Najib
Berikut transkrip perbualan yang dipercayai antara bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad bersama-sama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"You are the Prime Minister, you should take charge ..." - Audio rakaman dipercayai mirip suara Rosmah, Najib
Berikut transkrip perbualan yang dipercayai antara Najib Razak dan Rosmah Mansor berdasarkan rakaman perbualan yang didedahkan oleh SPRM.
SPRM dedahkan 9 rakaman audio 'mengejutkan' tentang dakwaan konspirasi
Klip audio berkaitan perbualan melibatkan isteri Najb, Datin Seri Rosmah Mansor, bekas ketua SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad, seorang tokoh asing dan beberapa individu lain.
9 rakaman dakwa konspirasi jenayah peringkat tertinggi didedah oleh SPRM
SPRM dedah sembilan set rakaman percakapan selama 45 minit yang didakwa konspirasi jenayah pada peringkat tertinggi.
Siasatan pinda laporan audit 1MDB dijangka siap sebelum akhir tahun
SPRM menjangkakan kertas siasatan laporan Jabatan Audit Negara mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini untuk diserahkan kepada Peguam Negara.