awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aplikasi Daun dikemas kini dengan antara muka baharu, tersedia untuk Android dan iPhone
Peguam ditahan disyaki subahat seludup dadah ke penjara
Penduduk Kuching diminta siap siaga hadapi banjir ketika air pasang besar pada 2 dan 4 Jan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semangat sukarelawan jemaah Haji Malaysia terserlah

Razak Chik
Razak Chik
23/10/2013
23:15 MYT
Semangat sukarelawan jemaah Haji Malaysia terserlah
Tabung Haji meraikan Jemaah Haji Malaysia yang telah memberi sumbangan sukarela sewaktu di Tanah Suci.
Mereka diraikan dalam satu majlis yang di adakan di Pejabat Tabung Haji di Abraj Janadariyah di Kota Makkah pada Rabu 23 Oktober bersamaan 18 Zulhijjah.
Ketua Rombongan Haji 1434 Hijrah Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman menyifatkan kumpulan Sahabat seramai 120 orang ini sebagai jemaah yang terpilih Allah. Sumbangan mereka lebih bermakna memandangkan mereka datang ke Tanah Suci dengan perbelanjaan sendiri untuk melakukan ibadat haji sambil beramal.
Mereka memberi perkhidmatan kepada jemaah haji lain dengan menyertai pasukan Sahabat Tabung Haji, Sahabat Ibadat dan Sahabat Medic.
Tahun ini merupakan kali pertama pasukan Sahabat Medic diperkenalkan dan terdapat dikalangan tenaga pembantu pakar dalam bidang perubatan yang menyertai pasukan ini.
Sahabat Ibadat pula banyak membantu Tabung Haji sewaktu pergerakan di Masyaer terutama sewaktu wuquf di Arafah dan Mabit di Mudzalifah bagi menentukan kelancaran perjalanan.
Sewaktu di Mina pula, mereka banyak membantu untuk mempertingkatkan tahap keselesaan para jemaah.
Berikut adalah antara pengalaman sukarelawan Rokiah Hashim dari Johor Bahru.
Topic Berkaitan
#Makkah
#sukarela
#Tabung Haji
#Tanah Suci
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan