awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sembilan lelaki ditahan bergaduh di pusat hiburan

Sinar Harian
Sinar Harian
27/09/2022
04:01 MYT
Sembilan lelaki ditahan bergaduh di pusat hiburan
siasatan awal mendapati, punca pergaduhan kerana perselisihan faham sehingga berlaku insiden pukul memukul antara satu sama lain. - Gambar hiasan
BUKIT MERTAJAM: Sembilan lelaki warga tempatan ditahan selepas dipercayai terlibat dalam pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Bukit Tengah di sini pada Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, kesemua yang ditahan berusia lingkungan 17 hingga 32 tahun.
Menurutnya, kesemua individu yang terlibat mengalami kecederaan dan telah menerima rawatan di Hospital Bukit Mertajam.
"Kesemua individu yang disyaki telah direman empat hari untuk membantu siasatan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata. Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian merusuh dengan menggunakan objek tajam pada jam 1.43 pagi, 25 September lalu.
"Kejadian tersebut menyebabkan beberapa lelaki telah mendapat kecederaan akibat dipukul dengan menggunakan objek tajam.
"Susulan daripada itu, sepasukan pegawai polis dari Ibupejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah ke lokasi kejadian.
"Kita berjaya menahan sembilan lelaki warga tempatan berusia lingkungan 17 hingga 32 tahun," katanya.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, punca pergaduhan kerana perselisihan faham sehingga berlaku insiden pukul memukul antara satu sama lain. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bergaduh di kelab malam
#pusat hiburan
#bukit tengah
#Seberang Perai Tengah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan