NATIONAL
Sembilan lelaki menyamar anggota penguat kuasa, rompak pekerja kebun sayur ditahan

Polis merampas dua parang, sebilah rotan, lima motosikal, dan tujuh telefon bimbit daripada suspek. -Gambar fail
SEREMBAN: Polis menahan sembilan lelaki warga tempatan kerana disyaki merompak sekumpulan pekerja kebun sayur dengan menyamar sebagai anggota penguat kuasa dan bersenjatakan parang, tengah malam tadi.
Ringkasan AI
- Polis menahan sembilan lelaki warga tempatan kerana disyaki merompak sekumpulan pekerja kebun sayur dengan menyamar sebagai anggota penguat kuasa dan bersenjatakan parang di Mantin, Nilai.
- Kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an ditahan pada 5.30 pagi selepas polis menerima maklumat daripada pemilik kebun pada 12.10 tengah malam.
- Polis merampas dua parang, sebilah rotan, lima motosikal, dan tujuh telefon bimbit daripada suspek.
- Kesemua suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 394, Seksyen 170, Seksyen 427, dan Seksyen 447 Kanun Keseksaan.
"Polis merampas dua parang dan sebilah rotan daripada suspek," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Abdul Malik berkata pihaknya turut merampas lima motosikal dan tujuh telefon bimbit.
Kesemua suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan serta Seksyen 170, Seksyen 427 dan Seksyen 447 kanun sama.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami