SUBANG JAYA: Lelaki warga Finland ditemui mati di kediamannya di Jalan USJ 2/4f di sini selepas meminta pertolongan orang ramai untuk hantarnya ke hospital menerusi satu hantaran di Facebook pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, pihaknya menerima laporan daripada kawan mangsa seorang wanita warga China berusia 39 tahun selepas mangsa gagal dihubungi.
"Pada 19 Mei jam lebih kurang 10 malam pengadu seorang wanita warga China menghubungi talian MERS999 apabila mesej pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada kawannya berusia 50 tahun tiada respon selepas melihat hantaran Facebook tersebut.
“Hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui seorang lelaki (mangsa) dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam bilik ketiga,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Abd Khalid berkata, siasatan awal mendapati pintu rumah tersebut tidak berkunci, dan dalam keadaan gelap serta berselerak di bahagian bilik.
Katanya, mangsa yang tinggal bersendirian dipercayai tidak mempunyai musuh dan dikatakan seorang yang mesra menurut jirannya di kawasan perumahan terbabit.
"Petugas perubatan mengesahkan kematian mangsa dan berdasarkan kedudukan fizikal mangsa polis tidak menemukan sebarang kecederaan yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah atau keraguan di dalam kematiannya.
"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kematian diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),"ujarnya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat May 21 2022

Lelaki warga Finland ditemui mati di kediamannya di Jalan USJ 2/4f di sini selepas meminta pertolongan orang ramai untuk hantarnya ke hospital menerusi satu hantaran di Facebook pada Khamis. -Gambar hiasan/Getty Images

Pujian Arab Saudi penghargaan sangat besar buat Malaysia - Idris
Pada musim haji tahun ini, Malaysia diiktiraf sebagai negara pertama yang memperoleh permit pengoperasian hospital di Arab Saudi.

Kadar jangka pendek diunjurkan stabil susulan operasi BNM
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM53.84 bilion dalam sistem konvensional dan RM33.48 bilion dalam dana Islam.

Meninggal dunia selepas persidangan PVATM
Allahyarham yang berehat di bilik hotel selepas selesai persidangan rebah selepas keluar dari tandas.

Banjir di Baling: Isytihar darurat bencana tahap i atau II - MB
Pengisytiharan itu amat penting bagi mempercepatkan operasi bantuan daripada agensi negeri dan Persekutuan.

ASEAN harus terus jadi gagasan yang dihormati, dipercayai - Ismail Sabri
Perdana Menteri berkata, ASEAN juga memerlukan kombinasi mekanisme-mekanisme berbentuk dua hala, pelbagai hala dan bahkan minilateral

Gaji rendah punca kekurangan pekerja di restoran
Ramai anak muda lepasan SPM, diploma dan ijazah menganggur, tetapi pada masa sama, banyak industri dilaporkan tidak cukup pekerja.

Ketidaktentuan politik dan ekonomi memerlukan dunia amalkan semangat 'Keluarga Dunia' - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, ekonomi dan politik dunia menghadapi pasca pandemik yang kompleks, selain persaingan antara kuasa besar dunia.

Polis tahan suspek tembakan rambang perarakan Hari Kemerdekaan AS
Polis mengesahkan penahanan seorang lelaki berusia 22 tahun, Robert E Crimo III, ketika dia cuba melarikan diri dalam sebuah kereta.

'Mak cik hanya ingat mati masa itu' - Warga emas cerita detik cemas berpaut pokok
Sebaik melihat air naik dengan cepat dan masuk ke dalam rumah, dia dan suami memanjat sebatang pokok rambutan berhampiran rumah mereka.

Remaja AS pancing ikan berwarna putih
Ia merupakan spesies terbesar di Amerika Utara dan pada kebiasaanya berwarna biru tidak kuat.

Sempat minta tolong di Facebook sebelum ditemui mati
Siasatan awal mendapati pintu rumah tersebut tidak berkunci, dan dalam keadaan gelap serta berselerak di bahagian bilik.