MAKKAH: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menegaskan bahawa kesemua bakal jemaah Malaysia telah menjalani pemeriksaan kesihatan yang mengikut piawaian ditetapkan dan telus, sebelum berangkat ke Tanah Suci.
Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Abdul Rahman berkata, setiap anggota jemaah juga perlu diperiksa oleh doktor dan klinik yang diiktiraf.
Katanya, usaha tersebut dilakukan bersama Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memastikan bakal jemaah haji mempunyai tahap kesihatan yang baik serta memenuhi syarat kerajaan Arab Saudi.
"Pemeriksaan kesihatan ini sebagai salah satu langkah proaktif yang diambil TH. Ia bagi memastikan jemaah yang perlu berada dalam suasana ancaman penyakit, bukan sahaja COVID-19 ini adalah mereka yang sihat dan hanya mempunyai penyakit terkawal.
"Selaras dengan peraturan yang dikenakan kerajaan Arab Saudi dan KKM, pemeriksaan kesihatan kali ini juga adalah lebih ketat," katanya kepada pemberita di Hotel Abraj Al Janadriyah yang menempatkan ibu pejabat TH serta penginapan jemaah haji Malaysia.
Menurut Syed Saleh, sejak ketibaan jemaah Malaysia pada 4 Jun lepas, hanya penyakit terkawal seperti masalah pernafasan, kejang otot dan penyakit kulit, dirujuk kepada tiga buah pusat perubatan yang disediakan TH.
Katanya, masalah kesihatan tersebut adalah disebabkan faktor kesesakan, pergerakan ke lokasi yang jauh serta terdedah kepada cuaca panas yang mencecah 46 hingga 48 darjah Celsius.
"Jenis-jenis pemeriksaan (di tanah air) adalah menjurus kepada tahap kesihatan yang baik dan apabila mereka sampai di Tanah Suci, jika mereka dijangkiti sekalipun, mereka ini pada tahap minima sahaja.
"Peratusan mereka yang datang untuk mendapatkan rawatan pesakit luar dan yang dimasukkan ke wad amat rendah berbanding sebelum ini. Pemeriksaan kesihatan adalah langkah yang berkesan untuk menjaga kesihatan jemaah haji," katanya.
Bagi memastikan pemeriksaan kesihatan mengikut piawaian, beliau berkata, pihaknya telah menetapkan beberapa syarat dan pemantauan yang teliti serta sistematik.
"Mereka yang berada di Tanah Suci sudah tentu terdedah dengan pelbagai penyakit, tinggal pula dalam tempoh yang panjang antara 40 hingga 45 hari. Kita tidaklah boleh mengatakan jemaah haji Malaysia tidak terkesan langsung dengan apa-apa penyakit.
"Jadi saya rasa yang penting ialah sistem pemeriksaan kesihatan telah berjalan dengan baik dan bakal jemaah haji yang datang adalah yang sihat dan kita mempunyai kemudahan kesihatan untuk mengatasi dan merawat mereka yang terkesan dari sebarang penyakit," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sun Jul 03 2022
Datuk Seri Syed Saleh Abdul Rahman berkata, kesemua bakal jemaah Malaysia telah menjalani pemeriksaan kesihatan yang mengikut piawaian ditetapkan dan telus, sebelum berangkat ke Tanah Suci. - Gambar BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah.
Kumpulan pertama jemaah haji tiba di tanah air
Kumpulan yang terdiri daripada jemaah Kedah dan Kelantan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah pada 6.40 pagi.
Separuh daripada 31,600 jemaah haji Malaysia sempurnakan Nafar Awwal
Baki separuh lagi kumpulan jemaah akan menyempurnakan Nafar Thani, melontar bagi ketiga-tiga hari tasyrik pada 13 Zulhijjah nanti.
Sempat berwukuf, jemaah kelapan Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci
Jemaah kelapan itu menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.30 petang Ahad akibat serangan jantung.
Lebih 31,000 jemaah haji Malaysia sertai jutaan umat Islam bergerak ke Arafah
Seramai 31,600 jemaah haji Malaysia musim 1445H/2024M mula menyertai jutaan umat Islam keluar dari Makkah untuk ke Arafah.
Jemaah Malaysia perlu jadi contoh dalam soal kebersihan - Mohd Na'im
Jemaah haji Malaysia sememangnya diiktiraf oleh kerajaan Arab Saudi sebagai yang berdisplin serta berilmu dalam pelbagai aspek.
Kemuncak operasi haji semasa Masyair, TH gembleng kerahan besar-besaran
Operasi Masyair pada tahun ini menjadi sangat kritikal kerana permulaan pergerakan jemaah pada 8 Zulhijjah jatuhnya pada hari Jumaat.
Jemaah daftar pakej tidak potong "queue", perlu dapat tawaran haji daripada TH
Mana-mana jemaah yang mendaftar dengan agensi pelancongan perlu mendapat surat tawaran mengerjakan haji daripada TH.
Faizal Ismail guna platform media sosial beri motivasi tunai haji
Walaupun menyedari dirinya banyak kekurangan, FBI terus berdakwah ke arah kebaikan, berbekalkan sedikit ilmu.
Lagi 9 penerbangan belum masuk Arab Saudi, pesawat terakhir tiba 9 Jun ini
Syed Saleh berkata, 91 penerbangan atau 91 peratus penerbangan sudah sampai di Tanah Suci dengan 50 adalah penerbangan sewaan khas AMAL oleh MAS dan baki 41 pula menerusi Saudi Airlines, Saudia.