Bukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sahaja yang bertanggungjawab untuk mengubah persepsi negatif rakyat terhadap UMNO, tetapi tugas itu perlu dipikul oleh pelbagai pihak terutamanya Penjawat Awam dan kementerian yang terlibat.
Ini adalah pendapat Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii.
"Orang politik hanya menentukan dasar. Pelaksanaan dasar tersebut harus dilakukan oleh penjawat awam atau orang bijak pandai di Malaysia.
"Ini isu kerjasama semua pihak.
"Contohnya soal GST, semua penjawat awam harus memberikan penjelasan mengenainya," katanya kepada Astro AWANI.
Mohd Razlan berkata demikian semasa mengulas tentang pendapat penasihat Sosio-Budaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr. Rais Yatim yang berkata pendekatan tradisional yang digunakan semasa berdepan dengan pelbagai isu luaran UMNO dilihat tidak lagi mampu mengubah persepsi negatif rakyat terhadap parti itu.
Mohd Razlan turut berkata persepsi negatif yang wujud di media sosial harus dikendalikan dengan bijak.
"Sosial media adalah satu gejala internet yang masih baru.
"Kita perlu amalkan konsep 3s iaitu 'semak sebelum sebar.
"Jangan cepat sebarkan fitnah," katanya.
Hari ini, Rais berkata UMNO telah menggunakan pendekatan tradisional berdepan dengan isu-isu luaran parti.
"Penerangan UMNO kini sudah tidak berkesan dan lesu sedangkan penerangan kerajaan pula tidak mampu meredakan suasana lantaran isu-isu yang dijawab dianggap tidak memuaskan majoriti.
"Lebih 2,000 pegawai Jabatan Penerangan tidak lagi diberi tugas penerangan bersemuka seperti dahulu. Kini mereka duduk di pejabat dan baca akhbar atau kadang-kadang memasang pembesar suara untuk orang kenamaan," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Rais yang juga seorang veteran UMNO, Najib sendiri perlu mengambil langkah drastik dalam mengolah pendekatan baharu dalam pentadbirannya.
"Orang keliling Najib sudah tidak mampu membantu. Malah sudah ada naib presiden yang membawa suara tukar.
"Penyakit lama UMNO hinggap kembali," ujarnya.
T K Letchumy Tamboo
Thu Apr 23 2015
Tugas mengubah persepsi negatif perlu dipikul oleh pelbagai pihak terutamanya Penjawat Awam dan kementerian yang terlibat. - Razlan Rafii
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pemilihan UMNO: Mohd Razlan menang Ketua Bahagian Seputeh
Mohd Razlan memberitahu, keputusan tersebut memihak kepadanya dengan majoriti 206 berbanding 52 undi yang diperoleh Mustapa Kamal.
Najib selesai bayar baki jaminan RM500,000
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selesai membayar baki jaminan sebanyak RM500,000 hari ini.
'Jangan bantutkan pembangunan ibu kota dengan isu tanah Kg Datuk Keramat' - Pemuda WP
Isu mengenai sebidang tanah di Kampung Datuk Keramat yang ingin dibangunkan dengan pangsapuri mampu milik dan Rumawip merupakan isu terpencil yang tidak harus diperbesarkan.
'Dakwaan skandal 1MDB propaganda fitnah Yahudi' - Mohd Razlan
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii menamakan Malaysiakini, The Malaysian Insider dan The Edge sebagai rangkaian media Yahudi yang bertapak di Malaysia.
'Semua bertanggungjawab ubah persepsi negatif, bukan PM sahaja'
Tugas mengubah persepsi negatif perlu dipikul oleh pelbagai pihak terutamanya Penjawat Awam dan kementerian yang terlibat.
Pemuda UMNO Malaysia terkejut, Pemuda UMNO WP pula sokong kenyataan Ku Nan
Walaupun Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan sudah berusaha untuk membantu golongan gelandangan untuk beberapa tahun, masalah itu tetap berleluasa.
Pemuda UMNO selar video Tahun Baru Cina Teresa Kok
Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan mengutuk keras tindakan Teresa Kok kerana menghasilkan video ucapan Tahun Baru Cina yang bersifat sindiran.