Semua jelapang padi negara seluas 214,281 hektar dijangka menggunakan kaedah pemprofilan tanah dalam usaha meningkatkan pengeluaran padi menjelang 2022.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata kaedah itu adalah kajian pengurusan tanah yang dilaksanakan sejak 2016 dalam usaha meningkatkan produktiviti padi dan sehingga kini, sejumlah 120,794 hektar jelapang padi telah menggunakan kaedah tersebut yang melibatkan peruntukan sebanyak RM15.7 juta.
"Kaedah ini penting bagi menentukan aplikasi baja yang diguna pada petak sawah dan aplikasi nutrien yang diperlukan di setiap petak sawah itu dapat dibuat dan diurus secara baik serta teratur tanpa berlaku sebarang pembaziran.
"Menerusi program pemprofilan tanah jelapang padi negara ini, ia menyediakan data ciri-ciri kimia tanah dan fizikal tanah sebagai asas pengesyoran formulasi kadar baja mengikut lokasi spesifik bagi memenuhi keperluan nutrien tanaman padi," katanya kepada pemberita selepas jelajah mesra jelapang padi dan pelancaran Dokumentasi Laporan Teknikal Pengurusan Nutrien Lokasi Spesifik di daerah Seberang Perai Selatan di sini pada Sabtu.
Beliau berkata di Pulau Pinang, kaedah itu dijangka memberi manfaat kepada sejumlah 5,312 petani membabitkan keluasan 12,105 hektar sawah.
Kiandee berkata adalah menjadi hasrat Jabatan Pertanian agar semua kawasan sawah padi di Malaysia memiliki pemprofilan tanah sedemikian sekali gus membolehkan maklumat terperinci diperoleh mengenai jenis baja yang diperlukan pada tanah yang terdapat di negara ini.
"Dengan spesifikasi pemprofilan tanah yang lebih terperinci dan saintifik ini, kita dapat mengetahui di mana tanah yang memerlukan jenis baja apa, kandungan nutrien yang diperlukan untuk tanah tersebut dan lain-lain lagi agar pengeluaran padi yang dihasratkan itu dapat dicapai oleh pesawah.
"Ini tentu sekali akan meningkatkan pengeluaran keseluruhan penanaman padi dan akan meningkatkan tahap kebergantungan pengeluaran tempatan bagi sektor padi ini di negara ini.
"Dari segi pengurusan baja, ia akan lebih teratur dan lebih efisien serta dapat menjimatkan wang dari segi pembajaan dan sebagainya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 20 2020
Kiandee berkata adalah menjadi hasrat Jabatan Pertanian agar semua kawasan sawah padi di Malaysia memiliki pemprofilan tanah. - Gambar fail
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
SPRM siasat kartel bekal baja bernilai RM1.8 bilion
Beberapa siri serbuan telah dilakukan SPRM dalam tempoh dua hari di sekitar Kuala Lumpur.
Teknologi satelit, AI bantu petani perkasa pertanian digital
Kerjasama ini akan membantu petani meningkatkan hasil mereka sambil mengurangkan kesan alam sekitar pertanian.
Malaysia-Uzbekistan jalin kerjasama berkaitan beras, hortikultur, baja
Agenda perbincangan juga menjurus kepada prospek akses pasaran baharu produk pertanian.
Legasi 20 tahun usahakan kebun jambu batu Louhan
Awalnya bermula dengan 100 anak pokok jambu batu yang dibawa balik dari Taiwan dan ditanam di Batu Pahat secara percubaan pada 2000.
Lembu ditemui mati diracun di Machang
Penternak menyedari kejadian itu selepas menjumpai biji-biji berwarna putih, dipercayai baja, yang digunakan untuk meracuni ternakannya.
Pemimpin Afrika mahu pengecualian embargo import gandum, baja dari Rusia
Pengecualian sekatan kewangan terhadap Moscow oleh negara-negara Eropah untuk meneruskan perdagangan tenaga dengan Rusia juga harus diguna pakai terhadap import Afrika.
Harga baja, racun naik, kerajaan berusaha cari penyelesaian terbaik
MAFI berusaha mencari penyelesaian terbaik bagi membantu peladang dan petani yang terjejas dengan kenaikan harga baja dan racun.
Kenaikan harga baja dan racun: K'jaan bantu kurangkan beban pesawah, petani - PM
Kementerian Kewangan diarah menyelesaikan perkara itu bagi memastikan harga dikurangkan dan bantuan disediakan bagi mengurangkan beban petani.
MAFI bercadang wujud akta khusus untuk benih dan baja
Cadangan itu antara beberapa perkara yang dibincangkan dalam pertemuan dengan Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah pada Jumaat.
Teknologi dron kian popular dalam kalangan pesawah Kelantan
Idea penggunaan dron bagi melakukan kerja-kerja sawah tercetus selepas beliau gagal mencari orang untuk melakukan semburan racun dan baja di tanah sawah milik mentuanya di Endau, Johor.