PUTRAJAYA: Semua kes gigitan anjing di Sarawak dilaporkan stabil dan telah diberikan suntikan vaksin rabies serta rawatan Immunoglobulin Rabies (RIG), demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
Dalam satu kenyataan hari ini bagi memaklumkan situasi jangkitan anjing yang disahkan positif rabies di Kuching, Sarawak, KKM berkata kes tersebut terdiri daripada 11 kes yang dirawat sebagai pesakit luar dan satu kes yang dimasukkan ke hospital bagi perawatan luka, yang telah discaj pada Khamis lepas.
"Kesemua 11 kes telah digigit oleh anjing liar yang sama. Anjing tersebut telah ditangkap oleh PBT (pihak berkuasa tempatan) pada 8 Jan lepas. Keputusan ujian makmal yang dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) pada 11 Jan lepas, menunjukkan positif rabies.
"Bagi kes ke-12 yang dilaporkan digigit anjing peliharaan di Lorong Tabuan Timur, Kuching, mangsa telah mendapat rawatan di Hospital Umum Sawarak pada 7 Jan. Anjing telah diserahkan secara sukarela kepada PBT dan ujian makmal DVS menunjukkan ia positif rabies," menurut kenyataan itu.
Pada 11 Jan lepas, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Datuk Wee Hong Seng dilaporkan berkata terdapat 12 kes gigitan anjing yang positif rabies di kawasan Tabuan Desa Indah dan Lorong Tabuan Timur, Sarawak.
KKM berkata Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak bersama DVS, PBT dan agensi tempatan yang berkaitan akan mempergiatkan aktiviti kawalan di kawasan terbabit bersama masyarakat setempat termasuk menjalankan kempen vaksinasi anjing bagi mengawal penularan jangkitan rabies.
Menurut KKM, jangkitan rabies boleh dicegah sekiranya rawatan awal diberikan dengan segera sebelum dirujuk ke fasiliti kesihatan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
KKM turut menggariskan beberapa langkah pencegahan rabies antaranya segera mencuci luka pada kulit atau bahagian anggota badan yang dijilat, digigit atau dicakar haiwan dengan menggunakan air mengalir dan sabun sekurang-kurangnya selama 15 minit serta memastikan vaksin antirabies lengkap diterima mengikut janji temu yang diberikan oleh pengamal perubatan.
KKM menasihatkan masyarakat agar tidak mengendalikan haiwan liar termasuk anjing dan kucing sama ada yang hidup atau mati, sebaliknya melaporkan kepada DVS atau PBT untuk tindakan lanjut terhadap haiwan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 14 2024
Menurut KKM, jangkitan rabies boleh dicegah sekiranya rawatan awal diberikan dengan segera sebelum dirujuk ke fasiliti kesihatan untuk mendapatkan rawatan lanjut. - Gambar fail/Bernama
AWANI Ringkas: Menteri Besar Perlis beri keterangan kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki bunuh kekasih terlepas hukuman gantung, ganti jel 30 tahun
Seorang penyelenggara stor yang membunuh teman wanitanya dengan menjerut leher menggunakan kain tudung terselamat daripada tali gantung.
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.
Pencarum perlu upskill dan reskill untuk tingkatkan jumlah wang persaraan - Pakar
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Selasa. Antara lain, beliau menasihatkan agar pencarum tingkatkan juga literasi kewangan.
[TERKINI] SPRM sahkan MB Perlis diambil keterangan
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes melibatkan anak lelakinya.
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kertas siasatan 10 individu berkait lelaki Israel dirujuk AGC minggu ini - KP KL
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Harimau belang 'Yob Kuang' masuk perangkap
Kebimbangan penduduk susulan kemunculan seekor harimau belang jantan di Kampung Ulu Kuang, Chemor di sini, berakhir apabila haiwan itu memasuki perangkap yang dipasang Perhilitan Perak.
Semua kes gigitan anjing di Sarawak stabil, disuntik vaksin dan dirawat
Semua kes gigitan anjing di Sarawak dilaporkan stabil dan telah diberikan suntikan vaksin rabies serta rawatan Immunoglobulin Rabies (RIG), demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
Anggota polis maut ketika bertugas, motosikal terbabas elak haiwan liar
Mangsa lelaki yang menaiki motosikal jenis Honda RS itu terbabit dalam kemalangan ketika sedang menjalankan tugas.
Seekor singa berkeliaran di bandar Karachi cetuskan panik
Singa berkenaan diserahkan kepada zoo di bandar raya itu dan pertuduhan jenayah sedang difailkan terhadap pemiliknya.
Penternak syak lembu dibaham harimau
"Terdapat kesan lembu itu diseret masuk ke dalam semak dari kawasan lapang di kebun sawit tempat lembu ternakan saya meragut dan makan."
'Wolverine' dikesan di California, kedua disahkan dalam tempoh 100 tahun
Seekor wolverine liar dikesan beberapa kali di California bulan lepas, menurut Jabatan Ikan dan Hidupan Liar California.
Penduduk Taman Sri Lambak resah kehadiran gajah
Seorang penduduk mendakwa dia sudah hampir setahun terpaksa berdepan dengan haiwan liar itu yang kerap menceroboh masuk ke laman rumahnya.
China: Usaha lindungi haiwan dan tumbuhan liar catat pencapaian menggalakkan
Antara spesies yang berjaya ditambah populasinya ialah panda gergasi, gajah Asia, harimau dan harimau bintang, ungka Hainan, burung sekendi berjambul dan pokok merpati.
Gajah liar pecahkan tingkap dapur, ambil makanan pekerja ladang
Kejadian terbaharu itu merupakan serangan kedua dihadapi mereka selepas kali pertama berlaku pada Rabu, 4 Januari lalu.
Lebih separuh tumbuhan dan haiwan di Antartika mungkin pupus akibat perubahan iklim
65 peratus spesies tumbuhan dan haiwan Antartika, termasuk penguin, mungkin lenyap jika dunia tidak melakukan sesuatu.