PUTRAJAYA:Semua menteri Kabinet telah diarahkan untuk membuat ujian saringan COVID-19 susulan dua menteri disahkan positif COVID-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Beliau berkata tindakan agar semua menteri kabinet menjalani ujian calitan COVID-19 adalah sebagai langkah pencegahan dan pengawalan.
"Dalam penilaian risiko, di dalam kit ujian RT-PCR, kami ada CT-Value iaitu Cycle Threshold (CT) value, yang boleh kami tentukan hari atau masa sebelum mereka berjangkit," katanya kepada media pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) dan Kementerian Kesihatan (KKM), di sini hari ini.
Ditanya adakah menteri Kabinet akan diarahkan untuk menjalani kuarantin atau boleh meneruskan jadual mereka seperti biasa, Dr Adham berkata perkara itu akan dinilai oleh pasukan petugas perubatan kesihatan awam.
Beliau berkata penilaian risiko akan dibuat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya dan mereka akan mengeluarkan garis panduan kepada jemaah menteri terlibat untuk langkah susulan.
BACA: Mustapa Mohamed positif COVID-19
BACA: Rina Harun positif COVID-19
"Penilaian risiko dibuat oleh pasukan petugas perubatan yang pakar dalam kesihatan awam dan mereka akan menilai risiko bagaimana penularan itu berlaku dan bila. Kami akan tahu bila bermula jangkitan itu dan dia (pakar perubatan) akan memberikan panduan," katanya.
Dilaporkan dua menteri Kabinet iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun, telah disahkan positif COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 11 2021
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba ketika sidang media pada Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman Penubuhan Rumah Ronald McDonald Hospital Tunku Azizah di McDonald's Putrajaya hari ini. - Foto BERNAMA
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
10 setiausaha politik kepada menteri Kabinet angkat sumpah simpan rahsia
PM saksikan 10 setiausaha politik kepada menteri Kabinet mengangkat sumpah simpan rahsia.
Semua menteri Kabinet diarah jalani ujian COVID-19
Semua menteri Kabinet telah diarahkan untuk membuat ujian saringan COVID-19 susulan dua menteri disahkan positif COVID-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
COVID-19: Potong gaji menteri 30 peratus tidak akan bantu kurangkan beban kerajaan - Pensyarah
Mujibu Abd Muis berpendapat bahawa ia bukan satu cadangan yang baik untuk merancakkan semula ekonomi negara dan membasmi wabak COVID-19.
Jawatan Speaker, tempat duduk Ahli Parlimen antara tumpuan hari pertama Dewan Rakyat Isnin ini
Dewan Rakyat kembali bersidang Isnin ini dengan sebahagian menteri Kabinet bakal berdepan cabaran pertama mereka tahun ini di 'gelanggang' perundangan negara.
Isu Gojek: Pemandu teksi bimbang bakal hilang mata pencarian
Kamarudin berkata, keputusan tersebut tidak sepatutnya dibuat tanpa mengambil kira pandangan pemandu teksi terlebih dahulu.
Anwar sangkal dakwaan jadi dalang penyebaran video intim
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan kononnya beliau merupakan dalang di sebalik penyebaran video intim yang dikaitkan dengan seorang menteri Kabinet.
Video intim: 'Pemuda UMNO tidak terlibat isu seperti ini'
Pemuda UMNO Kedah menafikan sekeras-kerasnya bahawa pergerakan itu merupakan dalang kepada tersebarnya video tular video intim yang didakwa membabitkan seorang menteri Kabinet.
Polis panggil Shamsul Iskandar beri keterangan petang ini
Beliau berkata, pasukan polis dari Bukit Aman menghubungi pejabatnya pada Khamis dan meminta beliau hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka petang ini.
Dr Mahathir berbuka puasa bersama Kabinet, MB dan duta asing
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan majlis berbuka puasa bersama menteri Kabinet, menteri besar dan ketua menteri serta duta asing ke Malaysia di kediaman rasminya di Seri Perdana, di
Tiada istilah 'hari berehat' buat menteri Malaysia
Setiap menteri akan bergilir-gilir membentangkannya kepada Dr Mahathir bermula 2 petang esok.